WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

LESEN FINAS: TIDAK PERLU MOHON UNTUK VIDEO TIKTOK, YOUTUBE - SAIFUDDIN

Kerajaan menegaskan pendirian untuk mendukung prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Kerajaan menegaskan pendirian untuk mendukung prinsip kebebasan media dan hak kebebasan individu di laman media sosial, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata pengguna media sosial bebas menggunakan platform sedia ada seperti TikTok dan YouTube untuk menghasilkan serta memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

“Pengguna media sosial bebas menggunakan platform yang sedia ada seperti TikTok, YouTube dan sebagainya, termasuk menghasilkan dan memuat naik video seperti biasa tanpa perlu memohon lesen atau bimbang didakwa Finas.

“Kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak pernah dan tidak berniat menggunakan Akta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia 1981 (Akta FINAS) [Akta 244] untuk menyekat kebebasan peribadi individu dalam media sosial,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, katanya, kabinet juga memutuskan supaya Akta 244 dipinda dengan mengambil kira situasi semasa.

“Seperti yang saya umumkan pada 20 Jun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah memulakan usaha untuk meminda akta-akta di bahawa pengawasan Kementerian agar bersesuaian dengan situasi semasa.

“Kerajaan akan memulakan proses meminda akta-akta tersebut dalam masa terdekat,” tambahnya.

Pada Khamis, media melaporkan Saifuddin sebagai berkata, semua penerbit filem termasuk agensi media arus perdana dan media persendirian diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem serta Surat Perakuan Penggambaran (SPP) sebelum menerbitkan filem mereka di platform media sosial ataupun saluran tradisi.

Katanya lagi, pemegang lesen perlu memaklumkan kepada Finas sekurang-kurangnya tujuh hari sebelum penggambaran sesuatu  filem dimulakan.

Susulan itu, jawapan Ahli Parlimen Indera Mahkota di Dewan Rakyat itu menjadi perbualan hangat di media sosial dan menerima tentangan hebat.

Isu berkenaan lesen tersebut timbul apabila kerajaan menyiasat Al Jazeera sama ada media antarabangsa berkenaan mempunyai lesen untuk membuat penggambaran dokumentari berjudul 'Locked Up in Malaysia's Lockdown'.

Sumber: AWANI
oleh Isabelle Leong