WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MEGAN FOX DAN MGK RANCANG KAHWIN, MAHU ANAK PEREMPUAN

Hubungan cinta antara pelakon Megan Fox dan penyanyi serta komposer Machine Gun Kelly (MGK) sememangnya diketahui umum


Back To Whats Hot

Hubungan cinta antara pelakon Megan Fox dan penyanyi serta komposer Machine Gun Kelly (MGK) sememangnya diketahui umum.

Memetik laporan Hollywoodlife, Megan dan MGK sudah mempunyai perancangan untuk membawa hubungan tersebut ke fasa perkahwinan.

Biarpun hanya baru beberapa bulan menjalinkan hubungan cinta namun pasangan itu juga telah meletakkan harapan untuk dikurniakan cahaya mata perempuan.

Sebelum ini, beberapa keping gambar adegan mesra pasangan itu yang dirakam berpegangan tangan serta berciuman beberapa hari lalu menguatkan lagi spekulasi mereka sedang hangat bercinta.

Megan mula diperkatakan mempunyai hubungan istimewa dengan MGK apabila dilihat muncul dalam klip video lagu terbaru MGK berjudul Bloody Valentine.

Untuk rekod, Megan dan bekas suaminya iaitu Brian Austin Green, 46, baru sahaja berpisah pada awal Mei lalu.

Perpisahan ini merupakan perpisahan kedua mereka selepas kali pertama pada Ogos 2015.

Lebih mengejutkan, Brian juga dikatakan sedang hangat bercinta dengan personaliti Courtney Stodden yang dikenali melalui laman sosial.

Megan dan Brian berkahwin pada Jun 2010 dan dikurniakan tiga cahaya mata.

Sumber: mStar