WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

HEBOH! FOTO ARIEL NOAH NIKAH... RUPA-RUPANYA INI YANG BERLAKU

Kecoh dalam kalangan netizen Indonesia apabila foto seorang lelaki mirip penyanyi terkenal Ariel NOAH seperti sedang bersiap untuk bernikah


Back To Whats Hot

Kecoh dalam kalangan netizen Indonesia apabila foto seorang lelaki mirip penyanyi terkenal Ariel NOAH seperti sedang bersiap untuk bernikah tersebar di laman sosial.

Foto tersebut dimuat naik di Instagram milik peserta pertandingan dangdut Indonesia iaitu Jamila Putri yang meletakan pautan akaun Instagram milik penyanyi itu.

Rata-rata netizen meluahkan kekeliruan dan tertanya-tanya dengan kesahihan foto tersebut.

Perkongsian tersebut lantas menambah lagi tanda tanya dalam kalangan pengguna Instagram yang menyangka ia betul-betul terjadi.

"Hanya ada satu di hatiku, Ariel NOAH... tak payah penat-penat nak edit lagi, sebab sekarang dah ada Aris NOAH," tulis Jamila.

Segelintir peminat Jamila tidak menyangka bahawa dia berjaya bergambar mesra bersama penyanyi kegemarannya itu.

Namun, setelah disiasat netizen, jejaka tersebut bukanlah Ariel NOAH sebaliknya seseorang yang dikenali sebagai Aris.

"Saya ingatkan betul-betul Ariel tadi.

"Saya fikir Ariel NOAH, rupanya-rupanya kembar dia saja.

"Saya terinspirasi dengan foto ini, akhirnya jadi kenyataan nak bergambar dengan Ariel," komen beberapa netizen.

Aris atau jejaka yang mirip Ariel merupakan watak utama dalam video muzik terbaharu Jamila yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sumber: mStar