WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'TUHAN BERIKAN 12 TAHUN TERINDAH'

BAGI mengubati kerinduan terhadap pemergian suami tercinta, penyanyi, Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL tampil dengan single baharu


Back To Whats Hot

Bagi mengubati kerinduan terhadap pemergian suami tercinta, penyanyi, Indonesia Bunga Citra Lestari atau BCL tampil dengan single baharu, 12 Tahun Terindah.

Sejak dilancarkan semalam, muzik video yang diarahkan oleh adik Allahyarham Ashraf Sinclair iaitu Adam Sinclair sudah berjaya mendapat tontonan lebih empat juta di YouTube dan menerima hampir 60 ribu komen daripada peminat.

BCL berkata, lirik yang ditulis buat kali pertama dalam hidupnya itu adalah luahan jujur atas segala kesepian dan kebingungan selepas pemergian Ashraf yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Februari lalu.

"Lagu ini menceritakan mengenai kebingungan saya menghadapi hari-hari baharu. Di saat hidup berubah dalam waktu yang begitu cepat, tanpa peringatan dan mahu tidak mahu, harus tetap dijalani.

"Pada momen kehidupan ini, saya berusaha melihat lagi tahun-tahun yang sudah saya lalui bersama Ashraf. Saya bersyukur kerana Tuhan memberikan saya 12 tahun terindah bersama Ashraf.

"Melalui suka dan duka dalam cinta, yang membuat saya percaya kalau cinta itu ada," katanya.

Menurut BCL, dalam keadaan dunia dilanda pandemik Covid-19, BCL mengamalkan normal baharu kehidupan apabila merakamkan single berkenaan di studio yang dibina di rumahnya.

"Banyak perkara baharu yang saya pelajari ketika menghasilkan single ini. Bermula dengan proses penciptaan lagu, merakam demo, perbincangan kreatif hinggalah proses memasukkan vokal.

"Semuanya saya lakukan sendiri di studio yang dibina di rumah. Pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika ini tidak akan menghentikan semangat saya untuk kembali berkarya," katanya.

Lagu 12 Tahun Terindah adalah single pertama yang diterbitkan di bawah label BCL iaitu BASH Music Company.

Sumber: Harian Metro
oleh Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my