• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

ALBUM TERAKHIR AMY BERSAMA SEARCH

Album terbaru kumpulan rock legenda, Search iaitu Katharsis


Back To Whats Hot

Album terbaru kumpulan rock legenda, Search iaitu Katharsis yang dipasarkan pada 2017 kini diabadikan dalam format piring hitam atau 'vinyl'.

Album terbitan Datuk M Nasir dan Pawana Music serta edaran Fenomena Music itu akan mula dipasarkan pada 28 Julai ini dengan harga RM199.

Ia juga dicetak terhad sebanyak 500 unit sahaja dan boleh didapati di kedai muzik Fenomena Music di Plaza Damas, Kuala Lumpur dan beberapa kedai muzik terpilih serta penjual-penjual dalam talian.

Presiden Pawana Music yang juga Penerbit Eksekutif album ini, Datuk Ahmad Zaharul Annuar berkata, piring hitam ini wajar dimiliki kerana ia adalah album terakhir Amy bersama Search selepas mengumumkan pengundurannya sebagai penyanyi Search pada penghujung Mac lalu.

"Ini album terakhir Amy bersama Search yang pasti menerbitkan 1,001 nostalgia buat mereka dan peminat Search. Bagi 'collector' piring hitam tegar dan peminat Search, ini koleksi paling sesuai," katanya.

Menurut Ahmad Zaharul, ia menjanjikan bunyi audio yang lebih padat dan enak berbanding dalam format cakera padat (CD) yang dikeluarkan sebelum ini.

"Ia juga mengandungi buku lampiran yang memaparkan koleksi gambar-gambar sepanjang kerja pembikinan album dan juga konsert Search dalam kualiti tinggi," katanya.

ALBUM terbaru kumpulan rock legenda, Search iaitu Katharsis.
ALBUM terbaru kumpulan rock legenda, Search iaitu Katharsis.

 

Katanya, proses penerbitan piring hitam ini mula dilakukan di studio terkemuka di Amerika Syarikat iaitu Sterling Sound pada 2018. Proses mastering pula dilakukan jurutera bunyi terkenal, Ryan Smith yang pernah mengendalikan album artis rock legenda dunia antaranya Ozzy Osbourne, AC/DC dan Coldplay.

"Proses 'pressing' ke format piring hitam dimulakan tahun lalu dan 'master' Katharsis dibawa ke kilang piring hitam Disc Makers di New Jersey untuk proses terakhir pembikinannya. Di situlah semua piring hitam, sampul, poster dan 'booklet' Katharsis dihasilkan dan dibungkus secara sistematik untuk edaran di Malaysia," katanya.

Katharsis juga adalah album studio Search yang ke-12 dan mencatat sejarah sebagai album Search paling lama dirakam iaitu 700 jam.

Album ini juga menyaksikan penampilan penuh pemain dram, Pae dalam album Search sekali gus memberikan kelainan serta nafas baru dari segi bunyi dan persembahan Search.

Selain riff gitar Kid yang lebih berat dan bertenaga, imej Search dengan konsep 'urban ethnic' oleh pereka fesyen dan gaya terkenal, Jiman Casablanca juga cukup menarik.

Sumber: Harian Metro
oleh Riadz Radzi
riadz@hmetro.com.my