WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BLACKPINK LUAR BIASA

Satu dunia kini tertumpu kepada kumpulan BLACKPINK yang jelas kemunculan kembalinya pantas mencetus fenomena seperti kilat


Back To Whats Hot

ANNYEONGHASEYO! Satu dunia kini tertumpu kepada kumpulan BLACKPINK yang jelas kemunculan kembalinya pantas mencetus fenomena seperti kilat.

Sekian lama ditunggu, mereka tidak mengecewakan menerusi lagu baru How You Like That.

Hakikatnya, lagu itu benar-benar melakar sejarah luar biasa buat mereka.

Setiap hari, ada saja rekod lama yang berjaya dipadam gara-gara penangan lagu terbabit.

Kelmarin, pihak Guinness World Records mengumumkan BLACKPINK membolot lima rekod baharu menerusi video muzik How You Like That itu.

Ia termasuk Video Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube.

Seterusnya, rekod keduanya adalah Muzik Video K-Pop Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube selepas ditonton 86.3 juta dalam masa sehari dimuat naik.

Rekod terdahulu dipegang kumpulan BTS menerusi muzik video lagu Boys With Luv yang menerima tontonan 74.6 juta dalam tempoh 24 jam.

Tidak ketinggalan, mereka turut memperbaharui rekod Penonton Terbanyak Penayangan Video di YouTube dan Penonton Terbanyak Penayangan Muzik Video di YouTube.

Pada waktu perdana, seramai 1.66 juta direkodkan menonton video itu.

Rekod terdahulu juga dipegang BTS yang menerima jumlah penonton 1.54 juta pada waktu perdana penayangan video muzik mereka.

Dalam pada itu, agensi YG Entertainment mengesahkan BLACKPINK bakal tampil dengan program realiti sendiri berjudul 24/365 with BLACKPINK.

Ia bakal memulakan tayangan Sabtu ini.

Sumber: Harian Metro
oleh Georgie Joseph
georgie@hmetro.com.my