WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

BUKAN SEBAB PIL KUDA, YONNYBOII HYPERAKTIF KERANA HIDAP ADHD

Gara-gara berkelakuan hyperaktif, penyanyi YonnyBoii pernah dituduh mengambil pil kuda oleh rakan-rakannya


Back To Whats Hot

Gara-gara berkelakuan hyperaktif, penyanyi YonnyBoii pernah dituduh mengambil pil kuda oleh rakan-rakannya. 

Bagaimanapun, Yonny atau nama sebenar Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, berkata, dia sebenarnya menghidap penyakit gangguan hiperaktif defisit tumpuan (ADHD).

"Tak ramai yang tahu saya mempunyai penyakit ADHD. Saya sendiri pun baru mengetahui penyakit ini tahun lalu melalui seorang rakan yang juga seorang doktor.

"Saya berkongsi segala masalah dan simptom yang dihadapi dan dia memaklumkan mengenai penyakit ini.

"Saya sedar memang saya sedikit berbeza daripada rakan-rakan sebaya tapi tak sangka pula tingkah laku saya mempunyai kaitan dengan ADHD," katanya.

Terdahulu, Yonny ditemui pada sidang media pelancaran single duet bersama Azlan Typewriter berjudul Kelabu di  Universal Music Malaysia.

Menurut Yonny,  dia juga tidak bercadang untuk mendapatkan rawatan di hospital  kerana menganggap ia satu anugerah daripada Tuhan.

"Saya selesa dengan keadaan ini. Lagipun ia membantu saya untuk menjadi lebih  kreatif dalam berkarya. Saya bersyukur dengan kurniaan ini.

"Kalau saya tiada penyakit ini, mungkin saya tak da dalam industri seni hari ini," katanya.

Mengulas single duet Kelabu, Yonny memberitahu liriknya mengisahkan pengalaman hidupnya yang pernah dibuli  sejak berusia enam tahun.

"Setiap bait dihasilkan mempunyai kaitan dengan sejarah silam hidup saya. Justeru, lagu Kelabu adalah salah satu daripada karya membongkar pengalaman hitam yang pernah dibuli," katanya.

Sumber: Berita Harian
oleh Najiy Jefri
najiy.jefri@hmetro.com.my