WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KECOH IMEJ TULANG MANUSIA DIKESAN DI PLANET MARIKH, INI JAWAPAN NASA

Terdapat banyak batuan berbentuk ganjil yang dikesan di planet Marikh yang berdebu dan tandus


Back To Whats Hot

Terdapat banyak batuan berbentuk ganjil yang dikesan di planet Marikh yang berdebu dan tandus.

Namun kebelakangan ini muncul laporan yang berlegar di internet mengenai penemuan objek menyerupai tulang manusia di planet berwarna merah itu.

Sebenarnya, imej objek yang dikatakan tulang manusia itu diambil pada tahun 2014 oleh pasukan Nasa Curiosity.

Ia kembali diperkatakan kini kononnya seumpama 'bukti' bahawa ada makhluk yang pernah mendarat di planet berkenaan.

Nasa sendiri terpaksa mengambil masa untuk menyingkirkan teori tersebut enam tahun yang lalu.

"Dilihat oleh Mars Rover Curiosity menggunakan kamera MastCamnya, batuan ini mungkin kelihatan seperti tulang paha femur.

"Anggota pasukan misi sains berpendapat bentuknya kemungkinan terpahat oleh hakisan, sama ada angin atau air," tulis jurucakap agensi angkasa itu dalam catatan blognya.

"Marikh mungkin tidak mempunyai oksigen yang cukup di atmosferanya dan di tempat lain untuk menyokong organisma yang lebih kompleks. Oleh itu, tak mungkin ia adalah tulang manusia".

Sumber: mStar
oleh Rouwen Lin
Foto NASA