• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

DUA WARGA ASING POSITIF COVID-19 BUKAN PEKERJA DI TAPAK PEMBINAAN THE PODIUM

Dua warga asing yang disahkan positif COVID-19 bukan pekerja di tapak pembinaan The Podium di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Jalan Keretapi)


Back To Whats Hot

KUCHING: Dua warga asing yang disahkan positif COVID-19 bukan pekerja di tapak pembinaan The Podium di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce (Jalan Keretapi), di sini.

Jurutera Projek dikenali sebagai Mr Ng yang mewakili pihak pembinaan The Podium mengesahkan perkara tersebut dan memberitahu kedua-dua lelaki terbabit hanya mempunyai kontak dengan pekerja di tapak pembinaan tersebut.

"Kami ingin mengesahkan bahawa kedua-dua warga asing terbabit yang beralamatkan dari Sungai Moyan bukan pekerja di tapak pembinaan kami (The Podium).

"Bagaimanapun, tapak pembinaan kami diperiksa dan pekerja-pekerja juga terpaksa menjalani saringan kesihatan COVID-19 kerana kedua-dua yang didapati positif terbabit mempunyai kontak dengan pekerja kami," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Katanya juga, adalah menjadi tanggungjawab pihaknya untuk menjaga pekerja serta keluarga mereka.

"Disebabkan itu, kami sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.

"Pemeriksaan terperinci juga dilakukan di pintu masuk ke tapak pembinaan ini bagi memastikan orang-orang yang tidak berkenaan tidak memasuki kawasan tersebut," katanya.

Beliau selain itu turut memuji tindakan pantas kerajaan dalam menangani wabak COVID-19.

"Kami juga akan terus memastikan keselamatan di tapak pembinaan adalah terjamin," ujarnya.

Tapak pembinaan The Podium terpaksa ditutup selama 14 hari untuk memastikan semua pekerja dan majikan bebas dari jangkitan COVID-19.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Jeremy Lanson