WHAT'S NEXT

CATS DRIVETIME

05.00pm - 09.00pm

INDUSTRI MUZIK PROTES KEMATIAN GEORGE FLOYD MELALUI #BLACKOUTTUESDAY

#BlackoutTuesday dimulakan oleh beberapa gergasi industri muzik meminta muzik dihentikan selama sehari sebagai tanda protes


Back To Whats Hot

Jutaan pengguna media sosial memuat naik foto tanpa gambar berwarna hitam sebagai sokongan terhadap kempen #BlackoutTuesday, yang diwujudkan sebagai tanda protes kematian George Floyd.

Bintang antarabangsa seperti Rihanna, Jamie Foxx, Katy Perry dan Britney Spears serta tidak ketinggalan bintang bola sepak, Gary Lineker antara yang terawal menunjukkan sokongan dengan entri di laman sosial masing-masing.

Floyd, yang berketurunan Afrika-Amerika, meninggal dunia di Minneapolis minggu lalu.

Seorang pegawai polis berkulit putih dirakam berlutut di lehernya selama beberapa minit semasa menahannya kerana didakwa menggunakan wang kertas AS$20 palsu.

Inisiatif #BlackoutTuesday dimulakan oleh beberapa syarikat rakaman dan gergasi industri muzik, antara lain meminta semua bentuk hiburan dan muzik dihentikan selama sehari sebagai tanda protes.

Antara syarikat rakaman yang terbabit ialah Warner Music Group, Sony Music and Universal Music Group, selain turut mendapat kerjasama saluran hiburan seperti Comedy Central, Paramount Network dan Pop yang akan bergelap selama 8 minit dan 46 saat untuk memperingati Floyd.

Sumber: AWANI

View this post on Instagram

#theshowmustbepaused

A post shared by Radiohead (@radiohead) on

View this post on Instagram

#justiceforgeorgefloyd BLACK LIVES MATTER!

A post shared by Jamie Foxx (@iamjamiefoxx) on