WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

TIADA TRADISI ‘NGABANG’ NAMUN GAWAI TETAP MERIAH MENGIKUT SOP PKPB

Sambutan Hari Gawai Dayak kelmarin diraikan dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan dalam tempoh pelaksanaan PKPB


Back To Whats Hot

SRI AMAN: Sambutan Hari Gawai Dayak kelmarin diraikan dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Walaupun tiada tradisi ngabang, Lydia Lem menyifatkan sambutan tahun ini adalah Hari Gawai yang cukup unik dan akan menjadi sejarah yang sukar untuk dilupakan kerana diraikan dalam suasana yang berbeza mengikut SOP yang telah ditetapkan kerajaan.

“Walaupun kita disarankan meraikan perayaan ini dengan suasana norma baharu, kita tetap bersyukur dan berterima kasih kerana masih lagi berpeluang meraikan Hari Gawai bersama ahli keluarga serta keluarga terdekat tanpa tradisi ‘ngabang’ seperti sebelum ini.

“Bagi kami sekeluarga inilah sambutan Hari Gawai yang paling unik dan selama ini, kita semua tidak pernah terfikir untuk meraikan perayaan ini dalam suasana PKPB,” ujarnya kepada Utusan Borneo di kediamannya di Taman Sri Jaya, di sini semalam.

“Pada sambutan Gawai Dayak tahun ini, kami sekeluarga tidak menerima tetamu luar, hanya ahli keluarga terdekat sahaja.

“Yang menariknya, kami turut menyediakan penutup hidung dan mulut, menyemburkan cecair pembasmi kuman dan melakukan pemeriksaan suhu badan ke atas setiap ahli keluarga yang berkunjung ke rumah kami,” katanya.

Lydia yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Saint Augustine di Betong turut mengucapkan Selamat Hari Gawai menerusi panggilan sidang video kepada saudara-mara yang berada di luar kawasan.

“Saya mengadakan sidang video bersama ahli keluarga yang berada di luar kawasan Sri Aman untuk mengucapkan Selamat Hari Gawai kepada mereka.

“Walaupun tidak dapat bersama semasa sambutan Gawai pada tahun ini, kami sempat bersua muka walaupun seketika menerusi sidang video bagi melepaskan rindu serta merapatkan lagi hubungan sempena musim perayaan ini,” katanya.

Sumber: Utusan Borneo