WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

SARAWAK BENARKAN BOT EKSPRES DI ZON HIJAU BEROPERASI

Kerajaan Sarawak membenarkan bot ekspres di zon hijau COVID-19 beroperasi semula termasuk ketika perayaan Gawai


Back To Whats Hot

KUCHING, 30 Mei: Kerajaan Sarawak membenarkan bot ekspres di zon hijau COVID-19 beroperasi semula termasuk ketika perayaan Gawai yang bermula 1 Jun ini.

Menteri Pengangkutan Sarawak Datuk Lee Kim Shin berkata keputusan itu dibuat oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Katanya, kebenaran itu akan berterusan sehinggalah JPBNS membuat keputusan lain mengenainya.

Jelasnya, seramai 199 pengusaha bot tambang yang sumber pendapatan mereka terjejas ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) menerima bantuan berkenaan dengan jumlah keseluruhan RM99,500.

Datuk Lee berkata bot-bot ekspres yang dibenarkan beroperasi itu hanya boleh membawa sehingga separuh daripada kapasiti maksimum penumpangnya pada satu-satu masa selain pengusaha perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dan JPBNS.

Pegawai penguat kuasa Lembaga Sungai-Sungai Sarawak akan ditempatkan di semua terminal bot ekspres bagi memantau pematuhan SOP terbabit menjelang sambutan Hari Gawai.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Khas Sarawakku Sayang 3.0 kepada pengusaha bot tambang di Tebingan Kuching.

Sumber: Bilik Berita CATS