WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 02.00pm

AIMAN, BAPA DIKOMPAUN RM1,000 GARA-GARA INGKAR ARAHAN PKPB

Malang tidak berbau, gara-gara pergi memancing bersama bapanya, penyanyi Aiman Tino dikenakan kompaun


Back To Whats Hot

Malang tidak berbau, gara-gara pergi memancing bersama bapanya, penyanyi Aiman Tino dikenakan kompaun sebanyak RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKBP) pada petang Selasa.

Aiman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Yusri, 22, yang berada di kolam ikan di Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu itu berkata, dia dan bapanya Yusri Ishak, 51, mendakwa dirinya terperangkap ketika polis melakukan serbuan di kawasan itu.

Saya tergamam dan hairan mengapa polis menyaman saya dan ayah bersama pengunjung yang lain. Kami masuk ke kawasan kolam itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang disediakan pemilik kolam.

"Ketika serbuan polis petang lewat petang semalam, hujan lebat. Ramai pengunjung berteduh dalam sebuah bangsal dan ketika itu melebihi 20 orang.

"Polis enggan menerima penjelasan kami dan terus mengeluarkan kompaun kepada pengunjung, ujarnya seperti dipetik Berita Harian.

Dalam pada itu, Aiman berkata, pihak pengusaha kolam pancing itu sepatutnya dikenakan tindakan undang-undang dengan kompaun yang sesuai.

Tambahnya, dia mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan kerajaan iaitu mengamalkan penjarakkan sosial satu meter, memakai topeng dan mendapatkan nombor giliran untuk masuk memancing.

Saya kesal disaman pihak polis bersama pengunjung lain, ujarnya.

Sebelum itu, media melaporkan seramai 59 pemancing dikenakan kompaun masing-masing RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), petang semalam.

Mereka dikehendaki melunaskan bayaran kompaun RM1,000 di Pusat Kesihatan Daerah Hulu Selangor selewat-lewatnya 8 Jun ini.

Sumber: mStar
oleh Shuhaniza Said