WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ZIZAN RAZAK KESAL SIKAP ‘SELFISH’ BALIK KAMPUNG JEJAS PRESTASI MALAYSIA DI MATA DUNIA

Rakyat Malaysia perlu belajar dari pengalaman lalu di mana keputusan mereka untuk pulang ke kampung dalam tempoh PKP


Back To Whats Hot

Susulan laporan jumlah kes baharu dan korban wabak Covid-19, pelakon Zizan Razak tampil menyuarakan pandangan terhadap sikap rakyat Malaysia yang masih cuba merentas negeri dan pulang ke kampung sempena perayaan Aidilfitri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menurut Zizan atau nama sebenarnya Mohammad Razizan Abdul Razak, 35, rakyat Malaysia perlu belajar dari pengalaman lalu di mana keputusan mereka untuk pulang ke kampung dalam tempoh PKP memberi impak yang ketara terhadap kes baharu di Malaysia.

"Selepas terbaca petikan berita ini adakah anda rasa berkeinginan balik beraya di kampung lagi?

"Tidakkah anda rasa kita sudah diajar dari pengalaman lalu ketika mula-mula PKP dijalankan, selepas ramai pulang ke kampung dan seluruh negeri di Malaysia terkena wabak Covid-19," jelasnya.

Pelakon filem Polis Evo itu meminta orang ramai memikirkan keadaan petugas-petugas barisan hadapan (frontliner) yang terpaksa berkorban demi keselamatan rakyat.

Katanya, akibat sikap mementingkan diri itu hanya akan memberi kesan buruk kepada masyarakat dan negara.

"Adakah anda ingin mengulangi kesilapan lalu? Adakah anda mahu jadi pembawa? Walau tidak pulang ke kampung anda masih lagi boleh beraya. Tetapi fikirkanlah sekejap pada petugas barisan hadapan, abang polis dan askar di sekatan jalan raya.

"Dan tak kira siapa yang bertugas ketika anda sibuk beraya. Tidakkah anda merasa bersalah pada mereka? Dan tidakkah anda akan membebankan diri anda lagi?” soal Zizan.

Dalam pada itu, Zizan berharap rakyat Malaysia memberi kerjasama bagi mengekalkan penurunan wabak tersebut.

"Sudah lebih dua bulan kita bertahan dan penurunan kes nampak sangat bagus. Pujian diberikan dari negara-negara luar kepada Malaysia sangat membanggakan.

"Dan adakah kita sendiri akan rosakkan prestasi kita selama ini? Renungkanlah," tulisnya.

Sumber: mStar
oleh Norfaezah Sakri