WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

RAMAI STRES! KKM TERIMA LEBIH 8,000 PANGGILAN ADUAN KESIHATAN MENTAL SEPANJANG PKP - DR NOOR HISHAM

KKM mendedahkan telah menerima 8,380 panggilan berkaitan kes kesihatan mental kesan akibat penularan pandemik Covid-19 sehingga 18 Mei


Back To Whats Hot

Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan telah menerima 8,380 panggilan berkaitan kes kesihatan mental kesan akibat penularan pandemik Covid-19 sehingga 18 Mei.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, isu pertama yang dibangkitkan semasa kaunseling secara atas talian adalah masalah emosi iaitu melebih 46.8 peratus.

"Antaranya stres, bimbang, kemarahan akibat pelbagai faktor sosial seperti masalah kewangan tiada wang, perselisihan faham dengan keluarga dan sebagainya.

"Isu kedua berkaitan wabak Covid-19 iaitu lebih kurang 20 peratus ada kebimbangan sebab maklumat tak tepat mereka terima. Jadi kita kena beri kaunseling untuk mereka dapat maklumat terkini," katanya pada sidang media harian di Putrajaya, Selasa petang.

Jelas beliau lagi, bantuan keperluan asas iaitu 6.9 peratus dan masalah keganasan rumah tangga dan perhubungan (6 peratus) antara isu ketiga dan keempat yang dibangkitkan.

"Isu kelima masalah psikiatri iaitu kemurungan dan keresahan kira-kira 2.4 peratus dan 0.2 peratus masalah penderaan kanak-kanak," katanya.

Tambah Dr Noor Hisham, orang ramai boleh menghubungi talian hotline KKM untuk mendapatkan nasihat berkaitan kesihatan mental.

"Jadi kita ada talian hotline supaya mereka boleh hubungi doktor atau staf KKM yang akan memberi nasihat dan kaunseling online kepada mereka.

"Apa yang pasti kita kena beri nasihat ikut sudut masalah mereka. Contohnya kalau isu Covid-19 kita beri penerangan dan beri maklumat tepat supaya mereka faham apa boleh dilakukan dan apa yang perlu dielakkan.

"Yang penting patuh prosedur operasi standard (SOP). Jadi kalau mereka faham, mereka boleh terima isu kesihatan mental mereka," katanya.

Semua petugas barisan hadapan dan individu yang terkesan emosi akibat Covid-19 boleh hubungi talian bantuan psikososial Medical Relief Society (Mercy Malaysia) 011-63996482,011-63994236 atau 03-29359935.

Waktu operasi perkhidmatan ini bermula dari pukul 8 pagi hingga 5 petang setiap hari (kecuali bulan Ramadan sehingga 4.30 petang).

Sumber: mStar