WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

POLIS SARAWAK PANTAU KAWASAN KAMPUNG, PERUMAHAN AIDILFITRI INI

Polis Sarawak akan melakukan pemantauan di kawasan perkampungan dan perumahan sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti


Back To Whats Hot

KUCHING: Polis Sarawak akan melakukan pemantauan di kawasan perkampungan dan perumahan sepanjang perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail (gambar) berkata langkah tersebut adalah untuk memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Kita akan membuat pemantauan di kawasan kampung dan perumahan bagi mengelakkan orang berkumpul melebihi 20 orang," katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambahnya, mana-mana individu yang didapati melanggar SOP akan diambil tindakan di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan serta Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

Beliau turut memberitahu penugasan seperti rondaan dan sekatan jalan raya OPS COVID-19 tetap berjalan seperti biasa.

Hari Raya Aidilfitri dijangka disambut pada 24 hingga 26 Mei ini.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak menetapkan SOP sambutan Hari Raya Aidilfitri di negeri ini hanya dibenarkan pada hari pertama, dengan kapasiti seramai 20 orang ahli keluarga dan jiran terdekat.

Selain itu, perjalanan balik ke kampung yang melibatkan pergerakan antara daerah juga tidak dibenarkan.

SOP sama juga ditetapkan untuk perayaan Hari Gawai yang akan disambut pada 1 Jun ini.

Sumber: Utusan Borneo
oleh Jeremy Lanson