WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

KONGSI TIKTOK KETIGANYA DI INSTAGRAM, SETENGAH JUTA ORANG MENONTON YUNA 'MOP' LANTAI

Yuna berkongsi gambar menggunakan vakum untuk membersihkan lantai, tetapi pada masa yang sama dia bertukar-tukar pakaian yang dikenakannya


Back To Whats Hot

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan hampir di semua negara di dunia ketika ini menjadikan ramai semakin kreatif bila berada di rumah.

Begitu juga dengan penyanyi Malaysia bertaraf antarabangsa, Yuna yang juga menghabiskan masanya di rumah.

Dalam satu entri di Instagram miliknya, Yuna berkongsi satu video TikTok yang sangat menarik. Ini merupakan video TikTok Yuna yang ketiga.

Ianya memaparkan Yuna sedang menggunakan vakum untuk membersihkan lantai, tetapi pada masa yang sama dia bertukar-tukar pakaian yang dikenakannya.

Dengan kapsyen yang cukup ringkas, video TikTok di Instagram tersebut menarik minat setengah juta orang menontonnya dalam masa sehari sahaja.

"Finally decided what to wear at home today," tulis Yuna dengan tanda pagar #stayhome pada entri video tersebut.

Rata-rata memuji video TikTok tersebut dan tidak kurang juga bertanyakan tentang 'mop' yang digunakan oleh Yuna.

Sumber: AWANI