WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

PELAKON STAR WARS MENINGGAL DUNIA AKIBAT COVID-19

Jack meninggal dunia di sebuah hospital di Surrey, UK akibar COVID-19


Back To Whats Hot

Seorang lagi pelakon Hollywood dilapor menjadi mangsa jangkitan COVID-19.

Andrew Jack yang membawa watak General Ematt menerusi filem Star Wars meninggal dunia pada usia 76 tahun akibat komplikasi koronavirus.

Memetik laporan agensi berita AP, wakil kepada pelakon itu Jill McCullough berkata Jack meninggal dunia di sebuah hospital di Surrey, United Kingdom (UK) pada Selasa.

“Jack bekerja sebagai jurulatih dialek dan pernah tinggal di dalam rumah bot Thames.

"Mendiang seorang yang berdikari dan sangat mencintai isterinya,” kata McCullough.

Dalam pada itu, menerusi entri di laman Instagram, isteri mendiang Gabrielle Rogers mengesahkan bahawa Jack telah disahkan positif COVID-19 sejak dua hari lalu.

Sepanjang kariernya, mendiang pernah membintangi beberapa siri dalam filem itu termasuk "Star Wars: Episode VIII – The Last Jedi", "Solo: A Star Wars Story" dan "Star Wars: Episode VII – The Force Awakens".

Antara pelakon yang yang pernah menjalani latihan dialek bersamanya ialah Robert Downey Jr dan Chris Hemsworth.

Terdahulu, Mark Blum, 69, yang pernah membintangi filem "Desperately Seeking Susan", “Crocodile Dundee” dan terbaharu siri TV "YOU", meninggal dunia di Hospital New York Presbyterian selepas didiagnosis dijangkiti virus sama.

Sementara itu, pelakon terkemuka Hollywood Idris Elba, Tom Hanks dan isterinya Rita Wilson mengesahkan mereka positif jangkitan COVID-19.

Sumber: AWANI