WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

COVID-19: 8 KES BAHARU POSITIF COVID-19 DI SARAWAK

Sarawak hari ini merekodkan pertambahan 8 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah terkumpul kepada 76 kes


Back To Whats Hot

Kuching: Sarawak hari ini merekodkan pertambahan 8 kes baharu positif COVID-19 menjadikan jumlah terkumpul kepada 76 kes.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak dalam satu kenyataan berkata 7 kes baharu itu dirawat di Hospital Umum Sarawak dan satu kes di Hospital Miri.

Katanya, sebanyak 44 kes baharu orang yang disyaki (PUI) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kepada 795 kes.

Sementara itu, semua kedai runcit, restoran, kopitiam, stesen minyak, hypermarket, supermarket dan klinik swasta hanya dibenarkan beroperasi dari jam 7 pagi hingga 7 malam berkuat kuasa Selasa depan hingga 31 Mac.

Jawatankuasa itu turut mengarahkan premis berkenaan mengamalkan penjarakan sosial atau 'social distancing' di dalam premis masing-masing.

Selain itu, pemilik premis dinasihati untuk melakukan pemeriksaan suhu terhadap pelanggan dan menyediakan pembersih tangan atau hand sanitizer.

#BilikBeritaCats #CatsFM