• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

VIDEO BCL MENANGIS TULAR

BCL dan anaknya, Noah Aidan Sinclair dilihat berada di sisi jenazah arwah Ashraf Sinclair


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Video Bunga Citra Lestari (BCL) yang menangis di sisi jenazah suami, Allahyarham Ashraf Sinclair mula tersebar di laman sosial dan portal.

Dalam video yang dikongsikan di laman Instagram gosip Lambe Turah, penyanyi berusia 37 tahun yang berpakaian serba putih dilihat tidak berhenti-henti menangis.

Bagaimanapun, ibu kepada Noah Aidan Sinclair yang kini berusia 10 tahun itu dilihat tetap melayan tetamu yang hadir untuk memberi penghormatan terakhir dengan mata yang bengkak.

Sehingga kini, BCL masih belum bersedia memberikan sebarang keterangan kepada pihak media, manakala pengurusnya Doddy meminta media menghormati privasi penyanyi lagu Wanita Terbahagia itu.

Jenazah Ashraf tiba di rumah mayat di daerah Jakarta Selatan kira-kira jam 7.33 pagi. Bunga dilihat mengiringi jenazah suami yang dibawa daripada Rumah Sakit Metropolitan Medical Centre (MMC) di Kuningan, Jakarta dalam keadaan berkaki ayam.

Malah, sebelum pemergian suaminya, BCL sempat tampil sebagai juri Indonesia Idol 2020.

Sumber: Berita Harian