WHAT'S NEXT

ULANGAN CATS PREBIU

09.00pm - 10.00pm

'ERNIE TAK FIKIR SIAPA HEBAT DAN DAHSYAT'

Penyanyi, Ernie Zakri memberikan tumpuan pada vokal dan penampilan diri untuk AJL34 tanpa memikirkan saingan


Back To Whats Hot

Kehebatan vokal penyanyi kecil molek, Ernie Zakri, 28, menjadi pertaruhan dalam Anugerah Juara Lagu Ke-34 (AJL 34) yang berlangsung dari Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, jam 9 malam ini.

Bersaing dengan dua penyanyi bersuara ‘power’, Hafiz Suip dan Aina Abdul, Ernie mempertaruhkan lagu Ku Bersuara ciptaan Syamel bersama Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham enggan memikirkannya.

"Saingan tentunya Hafiz dan Aina. Hafiz sudah tiga kali mengungguli kategori Vokal Terbaik, manakala Aina pula mempunyai suara yang 'power'.

"Bagaimanapun, saya tidak mahu fikir siapa hebat dan dahsyat. Saya hanya mahu memberikan tumpuan pada vokal dan penampilan diri.

"Tidak pernah terlintas mahu mencabar atau mengejar sesiapa, saya melakukan yang terbaik demi kerjaya dan masa depan," katanya kepada BH Online.

Melangkah ke pentas AJL34, bekas graduan Ijazah Sarjana Muzik, Universiti Malaya itu tetap merasakan getaran di jiwanya.

Apatah lagi, berdiri seorang diri di pentas gah yang mempertaruhkan kredibiliti dan keunggulan seseorang penyanyi.

“Secara jujurnya, saya sudah bersedia mental dan fizikal. Cuma, saya tidak mampu meramalkan apa yang akan berlaku malam ini. Biarpun pengalaman kedua, tetapi ketakutan tetap ada dan cabaran tidak pula sama.

“Sebelum ini, saya berdiri berdua bersama Syamel pada AJL32. AJL34 menyaksikan saya berjuang seorang diri atas pentas. Saya tidak mahu memikirkan siapa saingan kerana percaya setiap penyanyi tentunya menyediakan senjata untuk berjuang," katanya.

Katanya, mengalah sebelum bertempur bukan prinsip perjuangannya.

"Populariti tidak kekal dan tiba waktu akan berlalu beransur pudar, tetapi perjuangan tidak boleh diambil mudah.

"Saya tidak akan mengalah, selagi takdir menentukan perjuangan saya belum selesai. Bukan mudah berada pada tahap hari ini, saya berjuang habis-habisan dan menempuh segala kesukaran yang tidak mampu dikenang lagi,” katanya.

Sumber: Berita Harian