WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

BILLIE EILISH TEWASKAN TAYLOR SWIFT

Billie Eilish ketika membuat persembahan di pentas Anugerah Grammy Ke-62 yang disiarkan secara langsung dari Staples Centre, Los Angeles


Back To Whats Hot

LOS ANGELES: Remaja berusia 18 tahun, Billie Eilish yang mencetuskan fenomena dengan album sulung berjudul When We All Fall Asleep, Where Do We Go?, mencipta kejutan apabila menewaskan pesaing yang bukan calang-calang pada Anugerah Grammy Ke-62 yang disiarkan secara langsung dari Staples Centre di sini, hari ini.

Eilish meraih trofi bagi kategori Album Pop Vocal terbaik menewaskan Beyonce yang mempertaruhkan album The Lion King : The Gift; Ariana Grande (Thank U, Next); Ed Sheeran (No 6 Collaborations Project) dan Taylor Swift (Lover).

Eilish yang sering tampil dengan gaya esentrik mendapat enam pencalonan pada malam kemuncak anugerah muzik paling berprestij itu.

Remaja yang dibesarkan di Highland Park, Los Angeles ini menjadi calon paling muda bersaing dalam empat kategori utama Anugerah Grammy tahun ini iaitu Rekod Terbaik, Album Terbaik, Lagu Terbaik dan Artis Baharu Terbaik.

Album studio Eilish, When We All Fall Asleep, Where Do We Go? dipasarkan tahun lalu, mengungguli carta Billboard 200 dan menjadi produk muzik paling mendapat sambutan tahun lalu. Album itu mengandungi enam single yang bolos carta Billboard Hot 100 Top 40.

Single itu adalah When the Party's Over; Bury a Friend; Wish You Were Gay; Xanny; Everything I Wanted dan Bad Guy.

Sementara itu, penyanyi R&B, Lizzo mendahului senarai apabila meraih tiga anugerah pada malam kemuncak Anugerah Grammy.

Lizo yang mendapat lapan pencalonan memenangi kategori Persembahan Tradisional R&B Terbaik untuk lagu Jerome; Album Urban Kontemporari Terbaik bagi album Cuz I Love You serta Persembahan Pop Solo Terbaik menerusi lagu Truth Hurts.

Lizo menewaskan penyanyi hebat lain seperti Beyonce, Ariana Grande dan Taylor Swift.

Penyanyi kulit hitam ini turut memukau penonton dengan persembahan yang mempesonakan menerusi dua lagu yang disampaikan secara medley berjudul Cuz I Love You dan single popularnya, Truth Hurts.

Persembahan penuh emosinya itu turut ditujukan kepada legenda bola keranjang, Kobe Bryant yang meninggal dunia selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di California, awal pagi tadi.

Lil Nas X dan penyanyi penyanyi Country, Billy Ray Cyrus memenangi kategori Persembahan Pop Duo/Berkumpulan Terbaik menerusi lagu Old Town Road (Remix).

Kejayaan kolaborasi itu sekali gus menewaskan gandingan lain yang tidak kurang hebatnya seperti Ariana Grande dan Social House (Boyfriend); Jonas Brothers (Sucker); Post Malone dan Swae Lee (Sunflower) serta Shawn Mendes dan Camila Cabello (Señorita).

Sumber: Berita Harian