WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

PELAKON THE FLASH BELAJAR SEBUT "JANGAN KACAU"

Bintang siri televisyen, The Flash, Thomas Grant Gustin belajar menyebut perkataan bahasa Melayu, 'Jangan Kacau' dengan isterinya


Back To Whats Hot

Bintang siri televisyen, The Flash, Thomas Grant Gustin belajar menyebut perkataan bahasa Melayu, 'Jangan Kacau' dengan isterinya, Andrea Thoma.

Walaupun Gustin, 30, kelihatan sukar untuk menyebut huruf G dalam perkataan 'Jangan', namun pelakon itu terus berusaha menyebutnya dengan nada bergurau bersama isterinya.

"Satu daripada video kegemaran saya. Cuba mengajar untuk menyebut guruf G, bagaimana menyebut 'jangan kacau' saya dalam bahasa Melayu. Ia selalu buat saya tersenyum," katanya dalam status yang dimuat naik pada video tersebut.

Video yang dimuat naik dalam akaun Instagram milik Andrea,'lathoma3' semalam itu mendapat tontonan seramai 392,397 tontonan.

 

Sementara itu, seorang daripada netizen, 'wonderwomenasia', berkata, "Hahahah! Awak terlupa untuk menambah perkataan Bah! Ia sepatutnya 'Jangan Kacau Bah!," katanya.

Pada Disember 2017, Gustin pernah memberitahu perancangannya untuk membeli hartanah di Malaysia suatu hari nanti.

Gustin dan Andrea, seorang pakar terapi berdarah keturunan Kadazan, namun dilahirkan dan dibesarkan di Ohio, Amerika Syarikat, berkenalan pada awal tahun 2016, sebelum bertunang April lalu.

Sumber: AWANI