WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

KAKAK PENYANYI 'LAST CHRISTMAS', GEORGE MICHAEL PULA MENINGGAL DUNIA

Hanya berselang tiga tahun selepas pemergian bintang pop George Michael, kakaknya, Melanie Panayiotou


Back To Whats Hot

LONDON: Hanya berselang tiga tahun selepas pemergian bintang pop George Michael, kakaknya, Melanie Panayiotou pula dilaporkan meninggal dunia.

Lebih menyayat hati apabila kematian Panayiotou juga pada tarikh yang sama iaitu pada sambutan Hari Krismas.

Perkara itu disahkan jurucakap keluarga berkenaan.

“Kami boleh sahkan, Melanie telah meninggal dunia secara tidak diduga dan tragik. Kami memohon keluarga mendiang diberikan ruang pada waktu yang sedih ini,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh peguam keluarga itu, John Reid.

‘Tiada lagi kenyataan susulan,” tambahnya.

Menurut polis, pada Rabu, kumpulan paramedik di London telah dipanggil untuk membantu seorang wanita berusia 50an. Kematiannya tidak dianggap mencurigakan.

Michael, yang namanya melonjak naik pada era 80an bersama kumpulan duo Wham!, meninggal dunia pada Hari Krismas 2016, di usia 53 tahun.

Sumber: AWANI