WHAT'S NEXT

RENTAK RUAI

02.00pm - 05.00pm

IZARA JAGA BATASAN LAKON BABAK ROMANTIS

Pelakon, Izara Aishah, 27, menegaskan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada suaminya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon, Izara Aishah, 27, menegaskan sudah mendapat ‘lampu hijau’ daripada suaminya sebelum menjayakan babak romantis bersama Remy Ishak dalam siri Ombak Rindu.

Katanya, pengarah drama itu, Osman Ali, maklum mengenai syaratnya yang perlu menjaga batasan dalam lakonan, malah memahami situasi dirinya selepas bergelar isteri.

“Memang ada beberapa adegan romantis dalam skrip drama itu, membabitkan watak Hariz dan Izzah sebagai pasangan suami isteri. Tetapi, saya maklumkan kepada pengarah mengenai batasan yang harus dijaga dan memang abang Osman sangat memahami.

“Sebagai aktres berstatus isteri, saya perlu menjaga hati suami dan keluarga. Ia juga syarat saya berikan kepada produksi sebelum bersetuju memegang watak Izzah.

“Ikutkan, adegan memegang tangan pun sudah cukup intim bagi saya,” katanya ketika ditemui pada acara promosi siri yang menemui penonton di saluran iflix, bermula semalam.

Drama empat episod terbabit adalah karya adaptasi daripada bahagian kedua dan ketiga novel popular dengan judul sama itu.


BARISAN pelakon dan pengarah Ombak Rindu pada majlis pelancaran drama berkenaan di ibu kota, semalam. - NSTP/Eizairi Shamsudin

 

Selain Izara dan Remy, drama berdurasi 90 minit setiap episod itu turut menampilkan Uqasha Senrose, Datin Diana Danielle, Hanna Aqeela dan Adam Corrie Lee.

Akuinya lagi, selepas memperlahankan rentak sejak mendirikan rumah tangga, dua tahun lalu, 2020 adalah waktu paling tepat untuknya kembali aktif di layar perak dan televisyen.

Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid, 29, yang juga anak tiri penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pada November 2017.

Sumber: Berita Harian