• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

'SUPERGIRL' DEDAH DIRINYA PERNAH JADI MANGSA KEGANASAN DOMESTIK

Dakwa Melissa, pasangannya bersifat manipulatif dan mudah cemburu sehingga mengawal tindakannya ketika bertugas sebagai pelakon


Back To Whats Hot

Bintang drama aksi 'Supergirl' Melissa Benoist mendedahkan kisah kesengsaraan hidupnya yang pernah menjadi mangsa keganasan domestik, dalam satu video yang dimuat naik ke Instagram.

Pelakon siri televisyen itu mendakwa mula dipukul selepas lima bulan pertama berada dalam hubungan bersama pasangannya.

Dakwa Melissa, pasangannya  bersifat manipulatif dan mudah cemburu sehingga sering mengawal tindakan dan keputusannya sepanjang menjalankan tugas sebagai pelakon.

Melissa mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan itu selepas pasangannya membaling telefon bimbit ke arah mukanya, sehingga mematah hidung dan mencederakan matanya.

.

Bintang itu berharap kisahnya dapat membantu orang lain daripada menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Pendedahan Melissa itu mendapat sokongan penuh suaminya kini, Chris Wood, yang juga pelakon yang sama-sama memainkan watak penting dalam drama adaptasi komik Supergirl. Setelah saling mengenali dan menemuni keserasian, mereka mendirikan rumah tangga pada 1 September 2019.

Sumber: AWANI