WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

BANTAH TAPIS NETFLIX, NAK BARING DEPAN FINAS

Sharifah Sakinah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas)


Back To Whats Hot

Pelakon Sharifah Sakinah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap cadangan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Ahmad Idham Ahmad Nadzri yang mahukan kandungan drama di platform penstriman video, Netlix melalui proses tapisan kerajaan.

Sakinah, 30, berkata, cadangan yang diutarakan itu tidak adil dan berat sebelah kerana platform berkenaan sudah menyediakan pilihan untuk ibu bapa menentukan kandungan yang boleh ditonton anak-anak.

“Saya tidak bersetuju dengan cadangan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Finas. Memang ada kandungan Netflix yang tak sesuai untuk kanak-kanak, tapi kita boleh guna PIN keselamatan.

"Untuk ibu bapa yang risau dengan aplikasi ini, anda boleh tetapkan kata laluan untuk elakkan anak-anak menonton atau lebih senang jangan langgan. Tolong jangan kacau Netflix,” katanya menerusi Instagram.

Terdahulu, Ahmad Idham menggesa kerajaan untuk menapis kandungan Netflix selepas menerima beberapa keluhan daripada ibu bapa.

Dia turut menyarankan kerajaan untuk mewujudkan akta mengawal selia kandungan video yang disediakan oleh platform digital berkenaan.

Namun, kenyataan dan cadangannya itu menerima pelbagai reaksi daripada pengguna yang kebanyakannya kurang senang dengan idea yang diberikan.

Menerusi Twitter, Ahmad Idham menjelaskan Finas tiada kuasa untuk menapis, namun dalam konteks kandungan digital, Finas sentiasa mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan supaya ia memberi impak positif pada masyarakat dan negara.

Dalam pada itu, Sakinah berkata, jika kerajaan meneruskan hasrat berkenaan, dia dan pengguna lain tidak teragak-agak untuk menyuarakan bantahan.

“Jika kerajaan hendak sekat atau tapis Netflix, saya akan baring depan Finas dengan kawan ramai-ramai, boleh singgah Zoo Negara sekali. Ini tidak adil dan tidak konsisten, macam mana aplikasi lain seperti WeChat dan YouTube?” katanya.

Sumber: Harian Metro