WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

'SAYA CUMA NAK MEREKA GEMBIRA'

Niat baik Sakinah membawa anak tahfiz menonton wayang disalah erti hingga mencetus perdebatan di laman sosial


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Pelakon Sharifah Sakinah, tidak menyangka niat baiknya menggembirakan sekumpulan kanak-kanak tahfiz dengan membawa mereka menonton filem Pusaka, Sabtu lalu disalah erti hingga mencetus perdebatan di laman sosial.

Sakinah menerusi kenyataan yang dimuat naik di Instagram berkata, dia tidak menduga tindakannya mendapat pelbagai maklum balas, termasuk menimbulkan kegelisahan segelintir pihak.

“Saya minta maaf jika menyinggung sesiapa. Ia bermula dengan niat baik, namun berubah hingga mencetuskan kontroversi,” katanya.

Sakinah menegaskan, sebelum membawa pelajar tahfiz terbabit keluar, dia terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pengurusan sekolah mengenai aktiviti yang dirancang.

“Saya mendapat lampu hijau daripada pihak pengurusan tahfiz. Saya bawa mereka menonton dan makan di luar, pada masa sama menyokong filem tempatan yang bagus.

“Mereka suka Pusaka kerana filem ini berkaitan agama dan jin. Ada mesejnya di situ,” katanya mengakui, dia tidak sekali-kali berniat menyinggung perasaan sesiapa apabila membawa pelajar terbabit menonton wayang.

Sakinah berkata, dia pada awalnya, sekadar menyokong filem tempatan dengan membawa lebih ramai penonton, termasuk anak yatim dan pelajar tahfiz untuk memberi kegembiraan kepada mereka.

Bagaimanapun, segelintir warganet berpendapat, caranya itu tidak bersesuaian, malah ada yang mempertikai tindakan pelakon telefilem Girlfriend Aku Dari Neraka itu memuat naik aktiviti terbabit di laman sosial.

Sumber: Berita Harian