• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

AHMAD MAEMBONG SERING DITINGGAL KEKASIH

Sering gagal dalam percintaan membuatkan pelakon, Ahmad Maembong, 26, memilih untuk terus mendirikan rumah tangga seandainya bertemu gadis pilihan


Back To Whats Hot

PETALING JAYA: Sering gagal dalam percintaan membuatkan pelakon, Ahmad Maembong, 26, memilih untuk terus mendirikan rumah tangga seandainya bertemu gadis pilihan.

Mengakui pengalaman lalu banyak membantunya menjadi insan lebih baik, adik kepada aktres, Emma Maembong, itu menyasarkan untuk berkahwin pada usia 30 tahun.

“Kali terakhir saya menjalinkan hubungan cinta pada bulan lalu, namun tempoh masa percintaan itu biarlah rahsia. Saya tidak pandai bermadah dan romantik, mungkin ia antara punca sering ditinggalkan kekasih.

“Banyak kali hubungan cinta kecundang, ia membuatkan saya mengambil pendekatan untuk terus berkahwin apabila bertemu pilihan hati nanti. Saya malas lagi hendak bercinta.

“Ketika masih solo ini, saya memilih untuk memberikan perhatian kepada kerjaya. Cukup simpanan nanti, boleh terus berkahwin. Sekarang, kalau fikir soal kekasih, ia menghabiskan duit sahaja,” katanya kepada BH Online.


PELAKON, Ahmad Maembong, bakal muncul dengan filem Garang. - Foto Farhana Ab Rahman

 

Ahmad berkongsi mengenai kisah peribadinya ketika ditemui pada sesi beramah mesra filem lakonannya, Garang, bersama media, di sini, hari ini.

Menjayakan watak Reza dalam karya Kan Varren itu, Ahmad melakonkan sendiri semua babak aksi. Malah, dia juga berjaya menurunkan berat badan daripada 90 kilogram (kg) kepada 65 kg untuk menghidupkan watak terbabit.

“Saya ingin membuktikan, orang kelainan upaya juga mampu melakukan babak aksi. Malah, saya berusaha sebaik mungkin menurunkan berat badan dengan mengamalkan diet bersesuaian.

“Selain menggantikan nasi dengan oat, saya juga mengamalkan kopi tanpa gula. Saya berbuat begitu kerana perlu mendapatkan berat ideal dalam tempoh tiga minggu,” kata Ahmad.

Filem terbitan Sakti Films Sdn Bhd yang mengetengahkan tema semangat juang golongan kurang upaya itu bakal menemui penonton di seluruh negara mulai 5 Disember ini.

Selain Ahmad, ia turut dibintangi Jalil Hamid, Wan Hanafi Su, Adam Lee, Chacha Maembong, Pablo Amirul dan ramai lagi.


Pelakon, Ahmad Maembong bersama barisan pelakon-pelakon pada majlis ramah mesra bersama pelakon filem Garang di Petaling Jaya. - Foto Syarafiq Abd Samad

 

Sumber: Berita Harian