WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

'KALAU BAHASA INGGERIS SAYA TIDAK BETUL, SAYA TIDAK MALU' - TUNKU AZIZAH

Tunku Azizah berkata, menguasai bahasa lain banyak faedahnya tetapi perlu menguasai bahasa sendiri terlebih dahulu


Back To Whats Hot

Tulisan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tentang bahasa mendapat perhatian warga Twitter.

"Ada masa Bahasa Malaysia saya kurang betul dan saya malu, tetapi kalau Bahasa Inggeris saya tidak betul... saya tidak malu kerana itu bukan bahasa ibunda saya... saya anak Melayu!," tulis Baginda menggunakan akaun Twitter @cheminahsayang.

Perkongsian Tuanku Permaisuri Agong itu mendapat hampir 34,000 Retweet dan lebih 55,000 likes.

Apabila seorang pengguna Twitter, @mutalibuthman cuba memperbetulkan penggunaan tanda titik yang digunakan oleh Tunku Azizah, Baginda begitu senang berseloroh.

"Awak macam anak saya... Mereka tegur saya juga kenapa suka type banyak dot dot... kalau cakap orang puteh bunyi tak betul pun mereka ketawakan saya! Saya hanya jawab I like... dan saya Melayu dan bukan orang puteh, so bear with my Inggeris...," balas Tuanku Permaisuri Agong lagi.

"Agaknya masa muda dulu selalu baca buku Barbara Cartland... heronya semua tall dark and handsome... dan heroinnya selalu ucap 'I... love... you...' tu yang saya selalu terlebih dot dot!" gurau Tunku Azizah.

Tunku Azizah turut menambah bahawa di Malaysia, bangsa Cina dan India cukup beruntung kerana boleh menguasai tiga bahasa, sedangkan kaum Melayu hanya dua bahasa.

"Alhamdulillah, itulah kelebihan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Saya sarankan kita Melayu kena belajar bahasa India / Cina, jadi kita semua rakyat Malaysia boleh bertutur 3 bahasa," tulis Tunku Azizah dalam satu tweet lain.

Baginda turut menambah bahawa menguasai bahasa lain banyak faedahnya tetapi perlu menguasai bahasa sendiri terlebih dahulu.

"Walaupun menguasai bahasa lain banyak faedahnya juga... but we must master our own language first... Bahasa menunjukkan bangsa, kita bangsa Malaysia harus megah dengan Bahasa Malaysia!" tulis Tunku Azizah melalui akaun Twitter @cheminahsayang.

Rakyat Malaysia yang menggunakan Twitter berasa gembira dan bertuah apabila Tunku Azizah kembali semula ke Twitter setelah menutup seketika atas sebab-sebab tersendiri.

Sumber: AWANI