WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

KONSERT TRIO DIBATALKAN

Konsert Trio membabitkan penyanyi popular sepatutnya berlangsung pada 2 November di Stadium Malawati Shah Alam dibatalkan


Back To Whats Hot

Konsert Trio membabitkan penyanyi popular Khai Bahar, Wany Hasrita dan Sufian Suhaimi yang sepatutnya berlangsung pada 2 November di Stadium Malawati Shah Alam dibatalkan.

Pengarah konsert Mohd Azlan Abd Sukor ketika dihubungi berkata, selepas berbincang dan mendapatkan nasihat banyak pihak, itu adalah keputusan terbaik sebelum menanggung kerugian lebih besar.

“Pihak saya sudah minta nasihat dan tanya banyak pihak, jadi ini keputusan kami. Punca utama adalah penajaan. Lagi pula, nak buat dalam stadium. Jadi, ia memerlukan kos tinggi. Disebabkan itu, tak dapat nak diteruskan.

”Keputusan ini dibuat bulan lalu iaitu selepas berbincang dan berjumpa dengan semua pengurus artis,” katanya kepada Harian Metro.

Azlan berkata, pihaknya sekarang dalam proses mengumpulkan maklumat bagi pemulangan duit tiket.

“Kami pun sudah umumkan perkara ini dalam website. Jadi, kepada pembeli tiket, duit akan dipulangkan secara beperingkat.

“Ramai yang mesej cakap sedih tetapi nak buat macam mana,” katanya.

Menurut Azlan, disebabkan pembatalan konsert itu, pihaknya menanggung kerugian mencecah RM40,000.

“Kerugian banyak juga dalam RM40,000. Kami sudah bayar wang pendahuluan artis, tempat dan banyak lagi.

“Apabila dibatalkan semuanya hangus. Nak buat macam mana, ini risiko yang perlu kami lalui,” katanya.

Sebelum ini, penganjur konsert mengumumkan dari empat lokasi jelajah ditukar kepada satu sahaja.

Mengikut perancangan, tiga lokasi lain ialah Expo @ Danga City Mall, Johor Bahru (3 Julai), Stadium SUKPA, Kuantan (17 Ogos) dan Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar (5 Oktober).

Sumber: Harian Metro