WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

SUDAH MOVE ON... JANGAN FITNAH LAGI!

Itu sebaris kata tegas pelakon cantik Oktavia Manrose menjelaskan segala salah anggap terhadap dirinya


Back To Whats Hot

“Saya tak mahu bercakap lagi tentang Aliff Aziz. Saya dah move on!”

Itu sebaris kata tegas pelakon cantik Oktavia Manrose menjelaskan segala salah anggap terhadap dirinya.

Namun move on atau tidak,  sejarah telah tertulis. Nama Oktavia sudah terpahat dalam diari hidup pelakon kontroversi Aliff Aziz.  Sebagaimana sukarnya untuk memadamkan ingatan peminat begitulah payahnya untuk dia membuang memori dalam laman sesawang.

Ya, benar Bella Astillah sudah memaafkan. Namun Oktavia perlu bangkit menonjolkan bukti bahawa dia bukan hadir ke dunia seni untuk mencipta kontroversi tetapi mampu memegang trofi!

Suami orang bukan buruan

Penganggu rumah tangga orang, dilema itu terus kekal dalam dirinya sehingga ke hari ini.

Sukar untuk dibuang ke tepi, tetapi Oktavia sentiasa berusaha untuk membersihkan namanya. 
Sentiasa berhati-hati dalam langkah dan tutur kata, anak kepada penyanyi dan komposer Wan Syahman Wan Yunos atau Iwan dengan arwah pelakon Rosnah Mohd. Nor ini banyak belajar daripada pengalaman buruk itu.

“Sejujurnya pengalaman pedih itu suatu pengajaran, saya lebih berhati-hati. Kepada yang suka berburuk sangka, hentikanlah! Kalau masih ada yang fikir saya pemburu cinta suami orang, tolonglah.  Saya bukan begitu.

“Sebelum ini orang tak tahu saya pernah menolak harapan lelaki-lelaki dalam kalangan suami orang. Ada yang nak menjadikan saya kekasih dalam diam. Saya menolak, memang tak mahu. Saya bukan perampas suami orang,” demikian pengakuannya.

Malah janda anak satu yang mengaku dirinya manusia biasa cukup terluka apabila muncul fitnah sehingga dia terpalit dengan pelbagai masalah lain.

“Lebih mengejutkan apabila kita berdiam, ada  pula menambah cerita, memfitnah dan berburuk sangka. Macamlah saya ni tak ada perasaan. Orang tak tahu kesan  berdepan masalah saya tak boleh tidur malam dan tak lalu makan.

“Syukurlah,  pada waktu-waktu yang berat itu ayah dan adik-beradik berada di sisi. Allah berikan saya kekuatan untuk berdepan dengan tohmahan orang.

“Saya yakin Allah menguji kerana Dia menyayangi,” tambah pelakon Dendam Aurora ini.  
Mengambil nasihat bapa sebagai penguat kesabaran, Oktavia bersyukur kerana bapanya memahami keadaan. Sokongan yang diberikan tanpa berbelah bagi dan ini menguatkan semangat si anak.

“Papa suruh saya bersabar. Semua maklum,  orang tua saya lebih dulu makan asam garam dalam dunia hiburan. Mereka pun mungkin biasa dengan gosip mulut orang yang tahu nak menyakitkan hati orang lain.

“Papa pernah tak setuju saya jadi pelakon namun lambat laun dia memahami bakat dan punca rezeki saya ditakdirkan dalam bidang ini. Papa beritahu, dia sentiasa mendoakan saya dan anak-anaknya dilindungi daripada hal tak baik,” ceritanya.

Masa untuk jadi penyanyi

Menerima tempias bakat nyanyian daripada bapanya, Oktavia Manrose tidak mahu mensia-siakan peluang itu dan merancang untuk bergerak serius dalam bidang nyanyian.

“Dah bertahun mendalami nyanyian kini sampai masa untuk membuktikan kebolehan. Rehat seketika dalam bidang lakonan.

“Papa tahu saya minat menyanyi dari dulu lagi. Pernah sebelum ini dia tak izinkan saya meneruskan, katanya, suara perempuan itu aurat,” ceritanya.

Menurut Oktavia, bapanya yang kini aktif mencipta lagu-lagu berunsur ketuhanan turut memberi sokongan apabila dia menyatakan hasrat mahu menceburi bidang muzik.

“Bagaimanapun, macam yang saya katakan, papa dah mula memahami punca rezeki saya dalam dunia hiburan, dia tak menghalang saya menyanyi.

“Saya sudah mencipta lagu bersama uncle saya Wan Junior (sebelah ayahnya) berjudul Kau Pilih Dia. Genre muzik kesukaan saya ialah R&B dan soul,” cerita Oktavia yang meru­pakan anak kedua dalam tiga orang adik-beradik.

Abangnya, Wan Ramada seorang pemuzik dan adiknya Aprena Manrose juga seorang pelakon.
Mengenai bidang lakonan pula, Oktavia terbabit dalam sitkom terbaharu Pop Yeah Yeah di TV3 dan sebuah drama berjudul Hero akan menyusul  siarannya di RTM tak lama lagi.

Selain berlakon dan menyanyi dia juga melabur wang dalam perniagaan makanan dan akan melancarkannya di karnival Absolute Food Fest di Johor pada 6 hingga 8 September ini.

Sudah ada Cinta lagi

Sudah mempunyai kekasih yang setia kepada dirinya, kegagalan perkahwinan sebelum ini menjadikan Oktavia lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup. Dia mengambil masa yang lama untuk jatuh cinta.

"Setelah bercerai dengan bekas suami, hati saya kosong. Tak mudah jatuh cinta lagi. Sebab itulah sesudah menjanda dan jadi pelakon, saya jenis tak mudah terpikat dengan lelaki.

“Walaupun bekas suami, Muhammad Izzat Abdul Rahman sudah berkahwin lain selepas saya habis edah, saya bahagia sendiri. Kini saya menjalani hidup bersama anak lelaki bernama Muhammad Rayan Zafarrel yang berusia lapan tahun,” luahnya.

Belum bersedia untuk mendedahkan siapa kekasih hatinya, sepupu pelakon jelita Uqasha dan Nelydia ini berterusan bercerita soal teman lelaki.

“Belum waktu untuk perkenalkan kekasih yang berjaya membuka pintu hati untuk bercinta lagi. Saya berharap kami akan berkahwin bila sampai masa dan hubungan berkekalan selamanya.

“Saya suka kan lelaki yang  tak panas baran, boleh mengawal emosi, tak kedekut dan tak berkira. Paling penting bertanggungjawab,baik hati, murah senyuman, nampak kemas, bersih dan harum,” katanya sambil tersenyum.

Sumber: Utusan Online