• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

CUKUP-CUKUPLAH 'MEMBAWANG' - HAQIEM RUSLI

Penyanyi, Haqiem Rusli, berharap masyarakat mengamalkan sikap positif dalam kehidupan


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Bintang muda, Haqiem Rusli, terpaksa tampil membuat penafian gara-gara berita penahanan seorang penyanyi dan komposer berusia 21 tahun, semalam.

Penyanyi Selamat Tinggal Sayang itu berharap warganet tidak terburu-buru membuat sebarang tuduhan, sedangkan dirinya ketika itu sibuk dengan latihan persembahan, bukan ‘melarikan diri’.

"Hai semua. Saya baru habis buat 'sound check' di Muzikal Lawak Superstar. Nantikan kemunculan saya, lagu apa (yang saya bawa), teruskan bersama saya.

"Saya ada sahaja di sini. Kalau tak tahu (perkara sebenar), jangan buat apa-apa kenyataan dan menuduh saya. Kita kena positif. Netizen di Twitter, tolonglah berhenti ‘membawang’. Cukup-cukuplah!” katanya menerusi perkongsian video di Instagram Story, tengah malam tadi.

Haqiem juga berkata, seharusnya masyarakat kita berusaha untuk hidup dalam suasana penuh aman dan harmoni, serta mengamalkan sikap yang positif.

Terdahulu, ramai yang tertanya-tanya identiti artis muda atau ‘budak baru nak up’ (BBNU) yang berdepan dakwaan mencekik seorang pekerja stesen minyak di Ampang, Selangor.

Dalam perkembangan terbaru, penyanyi yang juga komposer, Muhammad Raziq Rosli, didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret di Ampang, hari ini, kerana mencederakan seorang pekerja stesen minyak dan menghalang polis daripada menjalankan tugas, Rabu lalu.

Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang lebih dikenali sebagai Zynakal itu selepas dia mengaku bersalah melakukan kedua-dua kesalahan berkenaan.

Bagi kesalahan mendatangkan kecederaan, artis itu dijatuhi hukuman denda RM800 dan bagi pertuduhan menghalang penjawat awam, dia didenda RM2,000.

Penyanyi yang popular dengan lagu Terbang itu kemudian membayar denda berkenaan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Muhammad Raziq didakwa mendatangkan kecederaan terhadap warga Bangladesh, Ahmad Mostak, di Stesen Petronas Pandan Prima, Ampang, di sini, jam 3 petang, pada 28 Ogos lalu.

Sumber: Berita Harian