WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ARTIS TUMBUK, MAKI PEKERJA STESEN MINYAK DIREMAN

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, artis berusia 21 tahun itu direman selama empat hari sehingga Ahad ini


Back To Whats Hot

AMPANG: Seorang komposer lagu berbakat yang juga penyanyi lelaki baharu meningkat naik kini direman polis selepas bertindak menumbuk dan memaki seorang pekerja sebuah stesen minyak di Ampang semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Noor Azmi Yusoff berkata, artis berusia 21 tahun itu direman selama empat hari sehingga Ahad ini.

"Kes akan disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera," katanya kepada Sinar Harian hari ini.Mengulas tentang insiden tersebut, Noor Azmi berkata, dalam kejadian kira-kira jam 3 petang, mangsa lelaki Bangladesh berusia 28 tahun merupakan penjaga stor di stesen minyak berkenaan dikatakan sedang menyusun barang di kaunter sebelum didatangi artis terbabit untuk membeli barang.

"Semasa lalu di sebelah mangsa, suspek tiba-tiba bertindak menumbuk dada mangsa selain menarik baju dan memaki hamun mangsa dengan perkataan tidak senonoh," katanya.

Tambahnya, kira-kira lima minit kemudian, peronda polis (MPV) yang sampai di lokasi kejadian telah memperkenalkan diri sebagai polis dan meminta kad pengenalan suspek dan rakannya di dalam kereta.

Bagaimanapun, artis terbabit enggan memberi kerjasama dan dengan nada marah telah mempertikaikan kuasa polis memeriksa dirinya dan meminta kad pengenalan.

"Susulan itu, penyanyi terbabit telah ditahan bagi bantu siasatan," katanya.

Sumber: AWANI