WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

WATAK BISU TIDAK MENJADI, MIRA FILZAH DIKRITIK

Mira dikritik ekoran watak bisu yang dijayakannya dilihat tidak realistik


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Lakonan Mira Filzah sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) bisu dalam drama bersiri terbitan Astro, Sweet Dreams menerima kritikan dan disifatkan sebagai tidak realistik.

Bukan sahaja dikritik, malah lakonan Mira atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman, 27, juga dibandingkan dengan penerbit dan pelakon, Sheila Rusly yang pernah menjayakan watak OKU bisu menerusi telemovie Pia.

Mira berkata, dia terbuka menerima kritikan umum dan mengakui kelemahannya dalam drama tersebut.

"Orang akan sentiasa membuat perbandingan lakonan kita. Namun bagi saya dia (Sheila Rusly) sangat hebat dan tidak boleh disangkal.

"Pengalaman lakonan kami juga jauh berbeza. Saya pula masih dalam proses belajar dan memperbaiki mutu lakonan," katanya kepada Kosmo! Online.

Dia berkata demikian ketika ditemui pada tayangan perdana Sangkar di sini.

Menurutnya, demi menjayakan watak Putri, dia secara peribadi mempelajari bahasa isyarat malah produksi juga menyediakan guru untuk memantau penggunaan bahasa isyarat dalam drama tersebut.

"Biasalah, sudah tentu saya ada melakukan kesilapan kerana saya juga baharu belajar. Apa yang penting, daripada sudut positif ramai pihak di luar sana semakin terbuka mempelajari bahasa isyarat," katanya.

Sweet Dreams merupakan drama arahan Michael Ang menyaksikan julung kalinya Mira digandingkan bersama Ben Amir sebagai Qash Adam

Turut berlakon dalam drama tersebut ialah Sean Lje sebagai Qarl.

Dalam pada itu, Mira muncul dengan filem kedua iaitu Sangkar menjayakan watak Lea di sisi Zul Ariffin dan Remy Ishak.

Filem pertama dalam negara mengangkat sukan lasak seni bela diri campuran (MMA) tersebut akan ditayangkan pada 29 Ogos serentak di seluruh negara.

Sumber: Kosmo! Online