WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

NINA ISKANDAR HAMIL, KONGSI FOTO 'BABY BUMP'

Nina berkongsi berita gembira itu melalui muat naik status di laman Instagram sebentar tadi


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Bergelar isteri kepada penolong pengarah, Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan lebah April lalu, pelakon Nina Iskandar mendedahkan dirinya kini sudah hamil.

Nina atau nama sebenarnya, Nur Akmalina Iskandar, 28, berkongsi berita gembira itu melalui muat naik status di laman Instagram sebentar tadi.

"Masa berlalu pantas dan banyak perkara telah berlaku dalam hidup saya dalam jangka waktu yang singkat.

"Syukur Alhamdulillah, suami dan saya teruja untuk mengumumkan kepada umum bahawa kami sudah ada si kecil dalam perjalanan.

"Terima kasih atas doa kalian," tulis pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Andainya Takdir seraya berkongsi dua keping foto 'baby bump' yang kian kelihatan.

Terdahulu, majlis resepsi pasangan tersebut diadakan di Forest Valley, Hall, Cheras dengan dihadiri keluarga kedua mempelai serta rakan artis.

Sumber: Kosmo! Online