WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

JASMINE SURAYA RAPAT DENGAN SUFIAN SUHAIMI

Jasmine Suraya Chin tidak kisah jika peminat mengaitkannya dengan penyanyi popular Sufian Suhaimi


Back To Whats Hot

Pelakon Jasmine Suraya Chin tidak kisah jika peminat mengaitkannya dengan penyanyi popular Sufian Suhaimi kerana dia memang selesa berkawan rapat dengan penyanyi lagu Di Matamu itu.

Jasmine, 29, berkata, dia juga ‘jatuh cinta’ dengan lagu-lagu dendangan Sufian.

"Kalau ada peminat yang nak kaitkan saya dengan Sufian, saya tak boleh berkata apa. Kami sebenarnya berkawan baik dan dia adalah penyanyi yang sangat berbakat.

"Setakat ini, tidak ada kecaman yang saya terima daripada netizen. Kepada yang mendoakan, saya ucapkan terima kasih," katanya.

Spekulasi mengenai hubungan mereka tercetus apabila Sufian memberi kejutan kepada Jasmine dalam satu acara, baru-baru ini.

"Pada mulanya, saya mengajak dia keluar makan. Saya pun tak sangka dia akan datang dan berikan kejutan dengan menyampaikan lagu Di Matamu buat saya," katanya.

Jasmine berkata, mereka juga selesa untuk berkongsi pengalaman hidup masing-masing.

"Pengalaman kami dalam percintaan sebelum ini lebih kurang sama. Jadi, kami saling berkongsi cerita," katanya.

Terbaru, Jasmine muncul dengan telefilem berjudul Back to You yang akan ditayangkan di 8tv pada 31 Ogos ini.

"Ini adalah telefilem bersempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62. Saya membawa watak sebagai gadis Cina bernama Sofia yang menjadi anak angkat kepada keluarga Melayu.

"Dari situ timbul konflik apabila keluarga kandung Sofia mula mencari dan berjumpa dengannya. Pada masa sama, ibu angkatnya juga terpaksa berdepan dengan kenyataan bahawa Sofia sudah menemui keluarganya," katanya.

Selain Jasmine, Back to You juga dibintangi Ernest Chong, Remon Lim dan Azizah Mahzan.

Sumber: Harian Metro