WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

“SAYA YANG TAK JADI KAHWIN, ORANG LAIN PULA MENGGELABAH”

Kini sudah berusia 37 tahun, Remy Ishak mengakui ada terfikir untuk menamatkan zaman bujang


Back To Whats Hot

Kini sudah berusia 37 tahun, Remy Ishak mengakui ada terfikir untuk menamatkan zaman bujang. Bagaimanapun Remy memberitahu buat masa ini dia mahu fokus pada karier lakonannya terlebih dahulu.

Masih belum menemui pengganti selepas episod putus tunangnya Februari lalu, Remy meminta para peminatnya mendoakan yang baik-baik. Katanya lagi, jika sudah bertemu jodoh, dia akan war-warkan kepada umum.

“Bohonglah kalau saya cakap tak pernah fikir soal kahwin tetapi buat masa ini perlu beri sepenuh perhatian terhadap karier lakonan.

“Saya masih solo dan belum bertemu pengganti. Kalau ada jodoh, saya akan beritahu. Saya juga mohon semua peminat mendoakan yang baik-baik sahaja,” katanya kepada Harian Metro.

Pernah mengeluarkan kenyataan akan berkahwin pada 20 Februari 2020, Remy menjelaskan ia sekadar gurauan sahaja dan tidak sangka perkara itu disensasikan.

“Saya bergurau sahaja dengan pihak media apabila mengumumkan tarikh majlis kahwin. Tak sangka pula ia jadi sensasi. Saya yang tak jadi kahwin, orang lain pula yang menggelabah,” katanya.

Terdahulu, Remy pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, Ezza Yusof pada Mei 2017 namun hubungan mereka berakhir pada Februari lalu.

Sumber: ROTIKAYA