WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

STACY KERJA KERAS UNTUK KEMBALI LANGSING

Stacy ambil masa dua tahun untuk mendapatkan berat badan idaman


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Hampir dua tahun berusaha mendapatkan kembali susuk tubuh langsing, Stacy mengakui, semakin selesa dengan penampilannya yang persis anak dara.

Stacy berkata, dia berusaha keras mendapatkan semula susuk tubuh idaman untuk memudahkan dirinya beraksi di pentas, selain menjalani rutin harian.

“Badan saya agak berisi selepas melahirkan Eshaal menyebabkan saya mudah penat dan mengah, terutama apabila melakukan aktiviti berat.

“Saya berkorban menyekat selera, pada masa sama bersenam di gimnasium untuk mendapatkan kembali stamina. Semua itu memerlukan komitmen yang tinggi dan ia hanya dicapai selepas dua tahun berusaha,” katanya.

Penyanyi yang muncul dengan single terbaru, Khayal itu bagaimanapun akur, ada pihak yang kurang menyenangi penampilan terkininya itu.

“Mereka berpendapat, saya lebih sesuai berisi kerana susuk tubuh yang kurus menyebabkan wajah saya nampak sedikit berusia. Saya tidak terasa hati, sebaliknya mengambil teguran itu dari sudut positif.

“Saya perlu mengawal berat badan untuk memudahkan pergerakan di pentas. Sebelum ini, saya cepat penat apabila menari dan menyanyi.

“Apabila badan ringan, saya rasa lebih selesa melontarkan vokal, terutama ketika menyanyikan lagu bernada tinggi.

“Mungkin mereka bimbang saya sakit dan mahu melihat saya gembira di samping keluarga. Insya-Allah, saya tiada apa-apa dan terima kasih kerana sentiasa mendoakan yang baik untuk kami sekeluarga,” katanya.

Mengulas mengenai Aidiladha yang disambut Ahad lalu, Stacy berkata, dia sempat pulang beraya bersama keluarga suaminya, Akim Ahmad di Lenggeng, Negeri Sembilan.

“Bella begitu teruja dapat beraya di kampung dan melihat penduduk berdekatan melakukan ibadat korban. Dia juga seronok dapat mengikut Akim ke masjid, manakala saya di rumah membantu keluarga menyediakan hidangan untuk tetamu,” kata Stacy

Dalam perkembangan lain, Stacy dipilih menjadi mentor untuk musim terbaru program realiti, Mentor Milenia yang bakal bersiaran di TV3, tidak lama lagi.

Menariknya, program itu menyaksikan Stacy bersaing dengan suaminya, di samping Hazama, Black dan Ernie Zakri.

Sumber: Berita Harian