WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

JASMINE SAYU DENGAR DI MATAMU

Baru-baru ini, kecoh kisah Sufian Suhaimi memberi kejutan pada majlis meraikan ulang tahun kelima Jasmine Suraya


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR: Baru-baru ini, kecoh kisah Sufian Suhaimi memberi kejutan pada majlis meraikan ulang tahun kelima Jasmine Suraya dalam dunia seni hingga mencetuskan spekulasi konon ada apa-apa dalam hubungan mereka.

Sufian yang mendendangkan dua lagu termasuk single Di Matamu yang disampaikan penuh romantis di majlis itu, mengaku kehadirannya sekadar menyokong Jasmine.

Bertanya bintang filem Paskal ini mengenai kehadiran Sufian di majlis berkenaan, Jasmine mengaku kemunculan penyanyi itu cukup mengejutkan.

“Lebih memeranjatkan, Sufian sudi menyanyikan lagu Di Matamu. Lagu itu cukup saya gemari sejak tahun lalu. Liriknya sangat bermakna dan menyentuh hati.

“Ini kerana saya pernah dikecewakan seseorang, tahun lalu.

“Terima kasih kepada pengurusan saya kerana memberi kejutan manis sempena sambutan ulang tahun kelima saya di pentas seni.

“Mereka tahu saya suka lagu itu. Tapi tak sangka hingga sudi mengajak Sufian hadir memeriahkan majlis,” katanya kepada BH Online.

Jasmine menambah, majlis itu cukup bermakna kerana dihadiri 30 peminat yang berkumpul menubuhkan kelab digelar Jasmine’s Supporters.

“Saya teruja dapat bersama peminat dan media yang tidak jemu menyokong karier ini. Majlis itu dianjurkan bagi menghargai mereka.

“Saya sangka ia sekadar majlis santai... Sambil makan, kita berbual dan merakamkan foto. Tidak sangka pula ada kejutan daripada Sufian dan nyanyian oleh Mafarikha,” katanya.

Mengenai kek yang diserahkan Sufian kepadanya pada majlis itu, Jasmine menjelaskan, pemberian pencuci mulut itu dianggap sebagai sambutan awal hari lahirnya yang ke-29, November depan.

“Hari jadi saya lambat lagi... 10 November depan. Tidak mengapalah, saya sambut awal,” katanya.

Jasmine yang juga calon awal kategori Artis Baharu Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, bagaimanapun tidak meletakkan harapan tinggi.

“Persaingan kuat... Kalau bolos Top 5 sudah dianggap rahmat indah buat saya,” katanya.

Sumber: Berita Harian