WHAT'S NEXT

RUAI CATS

01.00pm - 04.00pm

SASHA SAIDIN SEDIA BERGELAR ISTERI

Penyanyi Sasha Saidin mengakui hatinya kini sudah bertaut dengan seorang duda


Back To Whats Hot

Penyanyi Sasha Saidin mengakui hatinya kini sudah bertaut dengan seorang duda.

Mengenali lelaki yang dimaksudkan itu sejak kecil, kongsi Sasha walaupun mereka hanya mula rapat kembali sejak beberapa bulan yang lalu, dia dapat merasakan ada yang berbeza mengenai lelaki yang mahu dikenali sebagai ‘Mr.W’ ini.

“Ikutkan saya tidak mahu keluar dari keselesaan bergelar seorang ibu tunggal ini, sebab sudah sembilan tahun menjanda.

“ Tetapi bila sudah rapat dengan Mr. W saya yakin ada yang berbeza mengenai lelaki ini.

“Sebab pada umur saya ini pengalaman untuk mengenal sikap seorang lelaki itu lebih mudah, jadi tidak sukar untuk faham apa yang dia mahukan dengan hubungan ini,” katanya.

Tidak menolak untuk bergelar seorang isteri kembali, bagaimanapun jelas Sasha,43, banyak perkara yang perlu difikirkan sebelum dia melangkah ke alam perkahwinan kembali.

“Dia orang Malaysia yang kini tinggal di luar negara. Saat ini memang kami sedang jalinkan hubungan jarak jauh. Walaupun sudah kenal sejak dari kecil tetapi kami hanya kembali rapat beberapa bulan lalu.

“Jujurnya saya memang sudah sedia bergelar seorang isteri kembali. Tetapi dalam waktu ini banyak yang perlu saya fikirkan. Tetapi saya yakin segala perubahan ini akan berlaku dalam tempoh yang sesuai,” katanya ketika di temui pada pertandingan akhir Pedas Chick Yun Challenge anjuran restoren MyeongDong Topokki di Paradigm Mall, Petaling Jaya semalam.

Sasha sebelum ini pernah berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai pada 2007.

Dia kembali berkahwin dengan Salyo Prinyanto yang merupakan warga Indonesia, pada tahun 2007 namun bercerai pada 10 Julai 2012. Melalui perkahwinan kedua itu Sasha di kurniakan anak lelaki Adam Aryasenna, 10.

Sumber: Utusan Online