WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

AIMAN HAKIM, ZAHIRAH NIKAH FEBRUARI 2020

Pasangan Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson akan menamatkan zaman bujang mereka pada Februari 2020


Back To Whats Hot

Pasangan pelakon terkenal, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson bakal melangsungkan pernikahan pada Februari 2020.

Bagaimanapun, Aiman dan Zahirah belum memutuskan bila tarikh akan menamatkan zaman bujang mereka.

"Untuk menjawab teka-teki dan ramai media yang bertanya tentang perkara ini, jadi ini pertama kali saya umum yang mana tarikh sebenar belum ada, tapi ia mungkin terjadi pada Februari 2020. Insya-Allah " ujar Aiman, 30, dalam sidang media mengumumkan berita gembira itu.

Majlis pengumuman itu turut dihadiri bapa Zahirah, Zainol MacWilson yang juga pelakon terkenal seperti dilaporkan portal berita Mstar.

Aiman dan Zahirah mengikat tali pertunangan pada 8 Jun lalu di Perth, Australia selepas enam bulan menjalin hubungan cinta.

Sumber: AWANI