WHAT'S NEXT

#CATSMUZIK

10.00am - 01.00pm

MAWI DITAHAN DI HOSPITAL AKIBAT DARAH TINGGI

Mawi bermesra dengan anaknya, Cahaya Malaika yang menziarahinya di hospital


Back To Whats Hot

Juara Akademi Fantasia 3 (AF3), Asmawi Ani atau Mawi dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada Ahad selepas mengalami tekanan darah tinggi.

Menurut penyanyi lagu Aduh Saleha itu, asalnya, dia berkunjung ke hospital untuk menjalani pemeriksaan rutin.

Bagaimanapun, kata Mawi, dia ditahan selepas bacaan tekanan darah tingginya meningkat.

“Saya ke hospital untuk pemeriksaan rutin, tidak sangka tekanan darah mencanak sampai 200 lalu doktor nasihatkan saya berehat dalam wad untuk pemantauan.

“Saya agak terkejut juga tetapi Insya-Allah, keadaan sudah bertambah baik. Doakan ya,” kata Mawi seperti dilaporkan portal Kosmo! pada Isnin.

 

Pengurus Kandungan Zayyan, Wan Syahrul Amry Wan Mansor (kanan) dan pelawak Along Cham (kiri) menziarahi Mawi di hospital. - Gambar Instagram Wan Syahrul Amry

 

Penyampai radio Zayyan itu bagaimanapun, tidak pasti apakah menyebabkan tekanan darahnya naik memandangkan sebelum ini keadaan kesihatannya baik-baik sahaja sebelum ke hospital.

Sementara itu, dalam laman Instagram peribadinya, Mawi memuat naik video dia menaiki kerusi roda dan ditolak oleh isterinya, Ekin.

 

 

Sumber: AWANI