WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

ERRA FAZIRA BAKAL TUNAI HAJI, UMUM SUDAH PUTUS DENGAN SHAHIR

Sekalipun sudah membawa haluan masing-masing, namun Erra dan Shahir masih berhubungan sebagai rakan biasa


Back To Whats Hot

Artis ternama Erra Fazira mengumumkan yang hubungannya dengan penyanyi yang juga juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi sudah berakhir.

Pasangan berkenaan menamatkan hubungan kasih sejak Januari lalu, umum Erra seperti dilaporkan portal MHE pada Jumaat.

Erra berkata, sekalipun dia dan Shahir sudah membawa haluan masing-masing, namun kedua-duanya masih berhubungan sebagai rakan biasa.

“Kami sudah move on dengan kehidupan sendiri. Saya tidak kecewa kerana saya tahu aturan Allah itu baik. Kami masih berkawan tapi tiada lagi hubungan istimewa.

“Dahulu memang ada perancangan untuk bahagia bersama, namun Allah  tidak tunjukkan jalan dan tidak permudahkan,” kata Erra kepada MHE.

Sebelum ini, Erra sering mengelak daripada bercakap mengennai Shahir, namun mengakui dia dan penyanyi itu berkawan baik sejak empat tahun lalu.

Erra bagaimanapun, tidak berkongsi apakah punca yang menyebabkan mereka berpisah.

“Sebagai seorang wanita apabila diberi harapan, sudah tentu ada rasa bunga-bunga tapi lama-lama kematangan mengatasi segalanya. Sampai bila?

“Saya tidak sedih, tidak boleh salahkan sesiapa kerana jodoh telah tiada,” luah Erra lagi.

Selain itu, Erra juga turut mengesahkan yang dia dijemput oleh Allah untuk menunaikan fardu haji.

Namun begitu, Erra tidak pula memaklumkan bila dia akan berlepas ke Tanah Suci untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu.

Sumber: AWANI