WHAT'S NEXT

CATS WEEKEND

07.00am - 10.00am

BELLA TIADA HATI UNTUK LELAKI

Tidak mahu bermusuhan, Bella berharap Aliff dapat melupakan dirinya dan meneruskan kehidupan seperti biasa jika memang tiada jodoh antara mereka


Back To Whats Hot

Sekitar dua bulan lalu, wanita bernama Dayang Nabellah Awang Astillah menjadi tumpuan peminat hiburan tempatan apabila dia akhirnya menuntut cerai daripada lelaki yang pernah bergelar suaminya Aliff Aziz setelah beberapa kali dicurangi.

Dari satu sisi lain, episod luka yang dilaluinya telah mengubah warna hidup Bella secara ketara.

Sebelum ini, dia hanya dikenali sebagai isteri penyanyi dan pelakon Aliff Aziz, namun percaturan takdir menggerakkan langkah ibu muda itu untuk perlahan-lahan keluar daripada bayangan bekas suaminya, lalu membina kerjaya sendiri. Di depannya kini terhampar sebuah kehidupan baharu yang terbentang luas.

Pernah bergelar bintang cilik sewaktu zaman persekolahan, Bella sebenarnya memiliki bakat seni seperti menyanyi dan berlakon namun tidak dipraktikkan kerana kekangan masa, sedangkan tujuan utama keluarganya berpindah ke Semenanjung dari Sabah pada asalnya disebabkan Bella dan adiknya Didi menerima kontrak nyanyian.

Bagaimanapun, sesudah menetap di Kuala Lumpur, Bella lebih cemerlang dalam bidang akademik, manakala hanya adiknya, Didi sahaja yang aktif menyanyi.

“Saya rindu untuk menyanyi dan berlakon tetapi baru sekarang saya mendapat peluang. Jika sebelum ini saya sibuk menguruskan rumah tangga, sekarang tawaran yang datang dianggap sebagai rezeki anak."

“Ramai yang salah sangka bahawa saya mengambil kesempatan atas perceraian untuk menaikkan nama dalam industri. Sejujurnya, saya bekerja eras untuk anak, ibu bapa dan adik-adik saya. Saya yakin, percaturan Allah adalah terbaik. Tuhan tarik kebahagiaan rumah tangga tetapi dalam masa sama, hulurkan peluang kembali aktif dalam dunia seni,” luahnya ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran lagu tema Star Vendors, Starlela di The Red Box, Gardens Mall baru-baru ini.

Tertutup

Mendekati isi hatinya, sengaja perubahan sikap Aliff yang dikatakan cuba kembali berbaik dan sering menegur Bella sewaktu sesi langsung dalam Instagram, begitu juga perkongsian status berbaur kerinduan kepadanya diselitkan dalam perbualan.

Tersenyum mengenangkan kerenah lelaki yang pernah bertakhta dalam hatinya, wanita berusia 25 tahun itu mengakui tidak pernah terasa rimas dengan tindakan Aliff. Dia bahkan sedaya upaya melihat hal tersebut dari sudut positif.

Ibu kepada Ayden Adrean, 2, itu juga cukup sedar bahawa Aliff bergelut untuk menyesuaikan diri tanpa keberadaan diri. Selama ini, hanya Bella yang menguruskan jadual kerja dan aktiviti seni Aliff.

“Saya tahu dia bukan meroyan atau gila talak cuma sekadar mahu meluahkan perasaan sahaja. Janganlah terus-terusan mengecam Aliff, berilah sokongan kepadanya untuk kembali pulih seperti sediakala.

“Meskipun saya memahami tetapi tidak bermakna saya bersedia menerimanya semula. Pintu hati saya sudah terkatup rapat buat masa sekarang untuk mana-mana lelaki pun,” jelasnya lagi.

Tambahnya lagi, jika suatu hari nanti jodoh mereka berdua kembali bertaut, dia menerima kemungkinan itu dengan berlapang dada.

“Namun andai memang tiada jodoh antara kami, saya harap dia dapat lupakan saya dan meneruskan kehidupan seperti biasa,”ujarnya lagi.

Selain tidak menyimpan rasa dendam terhadap Aliff, Bella seboleh-boleh tidak mahu menjarakkan hubungan antara anak dan bapa meskipun kini tidak lagi tinggal serumah.

Menurut Bella, apabila tiba masanya kelak dia akan menerangkan kepada Ayden tentang apa yang terjadi.

“Saya baru bawa Ayden berjumpa Aliff di Singapura sebelum kami bercuti ke Melbourne, Australia bulan lalu.

“Ada masanya Ayden akan merengek-rengek memanggil bapanya, jadi saya cepat-cepat membuat panggilan video kepada Aliff. Alhamdulillah, cara ini berkesan untuk kami berdua,” cerita.

Memandangkan Bella kembali sibuk dengan tawaran, soal penjagaan Ayden diserahkan kepada ibunya. Jika tiada pilihan, dia akan membawa anaknya bersama ke lokasi penggambaran.

“Setakat ini, saya tidak rasa susah bekerja dan mengatur jadual harian kerana sudah biasa melakukannya untuk adik dan bekas suami. Insya-Allah, semua dipermudahkan kerana niat saya mencari rezeki untuk famili,” tuturnya lagi.

Sumber: Kosmo! Online