WHAT'S NEXT

ANTAP BREAKFAST BABA'S

06.00am - 10.00am

STACY KEMBALI DENGAN KHAYAL

Khayal merupakan single pertama terbitan Stacy sendiri menerusi syarikat Rhythm & Rhyme Entertainment (RnR) dengan kerjasama Nova Music Malaysia


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR  –  Setahun vakum daripada sebarang perkongsian muzik, penyanyi Stacy muncul dengan single terbaharu berjudul Khayal.

Lagu bergenre pop EDM ini merupakan hasil ciptaan bersama Hang Nadim dan Ziin. Lirik merupakan hasil tulisan Stacy sendiri yang berkarya bawah nama pena Bunga Cantik.

Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam, 28, berkata, Khayal merupakan sebuah karya yang berbeza daripada lagu-lagu berentak rancak yang pernah dirakamkan sebelum ini.

“Kelainan yang paling ketara dalam lagu ini adalah persembahan vokal dan penghayatan saya. Kali ini, persembahan vokal saya lebih memberikan penekanan kepada ‘feel’ feminin dan beremosi,” katanya.

Ujar Stacy lagi, lirik lagu Khayal mengambil inspirasi daripada kisah diri Stacy sendiri yang gemar berkhayal dengan kisah fantasi pada kala waktu dirinya sukar melelapkan mata di waktu malam.

“Lagu ini sebenarnya saya menceritakan tentang betapa sakitnya menghadapi dunia realiti. Bila kita tertekan, marah, kecewa dan sedih, kalau boleh kita nak lari dari segala masalah.

"Saya rasa semua orang pun pernah mengalami perkara yang sama, semua orang pun pernah berkhayal atau mencipta kisah fantasi di benak fikiran masing-masing sebagai escapisme untuk melupakan sebentar realiti sebenar kehidupan,” katanya.

Khayal merupakan single pertama terbitan Stacy sendiri menerusi syarikat Rhythm & Rhyme Entertainment (RnR) miliknya dan suami dengan kerjasama Nova Music Malaysia sebagai rakan usahasama dan pengedar.

Lagu ini dilancarkan sepenuhnya di semua pelantar muzik digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox, Deezer dan juga iTunes bermula 12 Julai 2019 (hari ini) pukul 3 petang.

Sumber: Kosmo! ONLINE