WHAT'S NEXT

ANTAP MUZIK

11.00pm - 06.00am

PINTU HATI BELLA ASTILLAH MASIH TERTUTUP

Pintu hati penyanyi, Bella Astillah masih tertutup untuk mana-mana lelaki sejak bercerai dengan Aliff Aziz


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Pintu hati penyanyi, Bella Astillah masih tertutup untuk mana-mana lelaki sejak bercerai dengan Aliff Aziz dua bulan lalu.

Menurut Bella, biarpun bekas suami kelihatan seperti cuba untuk berbaik semula dengannya, dia sebaliknya hanya mahu menumpukan perhatian kepada anak dan keluarganya buat masa sekarang.

“Ramai yang kata Aliff meroyan dalam Instagram, tetapi saya memahami keadaan dia yang agak kehilangan kerana sebelum ini semua perkara dalam hidupnya diuruskan oleh saya.

“Buat masa sekarang, pintu hati saya masih tertutup rapat. Jika suatu hari nanti, andai ada jodoh, saya akan menerimanya, tetapi yang pasti tidak dalam masa terdekat," jelasnya ketika ditemui pada majlis pelancaran muzik video Starlela di The Red Box, Gardens Mall, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Tambah pemilik nama Dayang Nabella Awang Astillah, 25, itu lagi, dia memohon peminat tidak mengambil kesempatan atas keadaan Aliff kerana dia sendiri tidak berbuat demikian.

“Dia bukan meroyan atau gila talak, tetapi dia cuma sedang cuba meneruskan kehidupan sebaik mungkin tanpa saya. Itu sahaja,” ujarnya lagi.

Aliff dan Bella mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ayden Adrean yang kini berusia dua tahun.

Sumber: Kosmo! ONLINE