WHAT'S NEXT

CATS NIGHT OUT

08.00pm - 11.00pm

SOO WINCCI CIPTA DUA REKOD MBOR

Pelakon dan penyanyi, Dr. Soo Wincci, mencipta rekod apabila mendapat dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR)


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penyanyi, Dr. Soo Wincci, mencipta rekod apabila mendapat dua pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) iaitu ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by A Beauty Queen dan ‘Most Number of Academic Degrees Obtained by a Recording Artist’.

Wincci, 33, berkata, kejayaan itu bukan sesuatu yang datang bergolek kerana dia juga hampir berputus asa apabila terpaksa berdepan pelbagai cabaran sepanjang dua tahun menyambung pelajaran di Berklee Valencia, Sepanyol.

“Saya melepaskan semua di Malaysia untuk mengejar impian. Ini merupakan satu risiko yang amat besar.

“Saya juga hampir berputus asa namun dengan keazaman dan kerja keras, saya berjaya,” katanya dalam satu kenyataan kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Wincci berjaya memperoleh Ijazah Sarjana Fellowship dalam Pengeluaran Muzik Langsung dan Ijazah Sarjana Pengeluaran, Teknologi & Inovasi Muzik dari Berklee Valencia, Sepanyol.

Terdahulu, Wincci yang juga pernah mendapat gelaran Miss World Malaysia pertama menamatkan pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) pada 31 Oktober 2016.

Selain itu, beliau juga berjaya meraih PhD dalam Pentadbiran Perniagaan (Open University, Malaysia), Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Universiti Sunshine Coast, Australia) dan Ijazah Undang-Undang (Universiti of Reading, United Kingdom).

Wincci berharap kejayaan ini akan menjadi sumber inspirasi kepada orang ramai untuk melengkapkan impian mereka.

“Saya berharap kejayaan ini akan menjadi sumber inspirasi kepada semua agar terus belajar dan teruskan perjalanan impian,” ujarnya.

Wincci akan menyambung PhD kedua dalam bidang Artistic Produksi di University of Polytechnic di Sepanyol bermula September depan.

Sumber: Kosmo! ONLINE