• LISTEN NOW ON AIR

    RUAI CATS

    01.00pm - 04.00pm

WHAT'S NEXT

GENG PETANG CATS

04.00pm - 08.00pm

TONY FERNANDES MENGAKU MUAK DENGAN MUZIK K-POP

Tony berkata, beliau akan 'bunuh diri' jika sesiapa saja menyebut nama artis K-Pop padanya


Back To Whats Hot

Sekalipun isterinya orang Korea Selatan, namun pengasas syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes mengakui, kurang senang dengan populariti ledakan muzik K-Pop.

Bahkan, bekas orang kuat syarikat rakaman Warner Music itu juga secara terbuka menegaskan, beliau sangat muak dengan aliran muzik yang kini menjadi fenomena di seluruh dunia itu.

"Isteri saya orang Korea Selatan tetapi saya muak dengan K-Pop. Jika seseorang mengatakan BTS sekali lagi, saya akan 'bunuh diri' atau BLACKPINK, redpink, pink apapun itu," kata Tony dalam nada gurauan dalam majlis pelancaran buku autobiografinya, Flying High di Jakarta, Indonesia pada Khamis.

Memetik laporan portal berita CNN Indonesia, Tony bagaimanapun, mengagumi strategi pemasaran terhadap muzik K-Pop yang membuahkan hasil yang lumayan pada negara itu.

Kenyataan Tony itu merujuk pada kejayaan yang diraih BTS sehingga muzik yang diperjuangkan mereka menembusi pasaran dunia selain anggota-anggota kumpulan itu diundang menyampaikan ucapan di pentas Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (UN).

Dalam masa sama, Tony turut meluahkan kebimbangannya akan dianggap sebagai orang yang paling gagal seandainya beliau tidak membawa BTS mengadakan persembahan di Malaysia.

"Saya bertanggungjawab (menguruskan) salah satu stadium di Malaysia tetapi saya akan dianggap sebagai orang yang gagal jika tidak mampu membawa BTS ke Kuala Lumpur," ujarnya lagi.

Sebelum bergelar taikun penerbangan, Tony merupakan individu yang sangat dihormati dalam gelanggang muzik khususnya sekitar era 1990-an.

Beliau pernah menduduki jawatan tertinggi semasa berkhidmat dengan syarikat rakaman antarabangsa, Warner Music termasuk bertanggungjawab terhadap pasaran muzik rantau Asia Tenggara.

Berikutan muzik sangat dekat dengan jiwanya, Tony menyimpan hasrat untuk memasyhurkan Pop Asia (A-Po) pada masa depan.

Impian itu, jelas Tony, tercetus selepas beliau mengkaji kelebihan bakat seni masyarakat Asian Tenggara jika dibandingkan dengan Korea.

Menerusi rangkaian kenalan dan platform yang dimilikinya, Tony mahu memperkenalkan lebih ramai artis Asia Tenggara ke mata dunia.

"Bayangkan jika gadis Filipina, Thailand dan Indonesia bergabung, kita boleh menggelarkan mereka dengan panggilan 'MerahPink' atau 'HitamPink'," ujar beliau sambil ketawa.

Sumber: AWANI