WHAT'S NEXT

CATS AM CREW

06.00am - 10.00am

SUFIAN SUHAIMI WAKILI MALAYSIA DI PERINGKAT ASIA

Penyanyi Sufian Suhaimi merupakan wakil tunggal dari Malaysia yang tercalon dalam anugerah berprestij peringkat antarabangsa


Back To Whats Hot

KUALA LUMPUR - Penyanyi Sufian Suhaimi merupakan wakil tunggal dari Malaysia yang tercalon dalam anugerah berprestij peringkat antarabangsa anjuran Herald Global yang bakal berlangsung di Hotel Intercontinental Kuala Lumpur pada Ogos ini.

Sufian, 27, tercalon dalam kategori Pemimpin Paling Dikagumi di Asia 2019 yang turut menyaksikan pencalonan 100 individu lain dari seluruh Asia.

"Pada mulanya saya enggan percaya. Tetapi selepas diberitahu lebih lanjut saya menghargai pencalonan ini," katanya.

Menurut Suhaimi, dia tidak menolak kejayaan itu merupakan impak daripada lagu Di Matamu yang pernah mencatatkan kejayaan tersendiri dengan merangkul anugerah Persembahan Terbaik dalam penganjuran Anugerah Juara Lagu ke-33 (AJL33).

Selain diiktiraf AJL, lagu berkenaan turut mencatatkan rekod tontonan tertinggi di YouTube dan menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records.

Sehingga kini Di Matamu mencatatkan 60 juta tontonan di laman web video itu.

Herald Global merupakan sebuah portal berpengaruh yang berpangkalan di Mumbai, India.

Penganjuran anugerah itu merupakan komitmen Herald Global dan ERTC Media untuk menghargai pencapaian setiap individu daripada pelbagai bidang.

Anugerah tersebut diadakan bertujuan memberi penghormatan dan pengiktirafan kepada individu yang berjaya mengukir nama dalam industri pembuatan, rekaan dan keusahawanan.

Sumber: Kosmo! Online